INTERVIEW MAJALAH MILENIUM ISLAM 30.DIS 2009

Wednesday, December 30, 2009

Interview bersama Sdr Faizal dari majalah Milineum Islam di perkarangan Masjid Negara yang menyentuh isu-isu ajaran sesat di Malaysia.

WALIMATULURUS ANAK PELAKUN ROSLAN SALLEH 27.DIS 2009

Abang Roslan Salleh kerap muncul dalam beberapa drama saya.Saya cukup minat dengan lakunannya.Walimatulurus anaknya diadakan di Taman Melawati.

LEARN TO ACCEPT REJECTION



. 1. Saya telah menghantar satu penyertaan untuk Pertandingan Menulis Skrip FINAS 2008.
.
2. Dan semalam saya menerima kiriman pos yang mengandungi sehelai T-shirt berlogo Finas dan satu Sijil Penghargaan daripada Finas.
.
3. Ini tanda penyertaan saya tidak terpilih memenangi hadiah dalam pertandingan skrip tersebut.
.
4. Namun saya pelik kenapa Finas tidak mewar-warkan siapa pemenangnya samaada dalam akhbar atau laman webnya.
.
5.Terima kasih Finas kerana menghadiahkan T-shirt dan Sijil Penghargaan pada semua yang mengambil bahagian walaupun tidak menang.
.
6. Learn to accept rejection.

MANSOR PUTEH OH MANSOR PUTEH....

Monday, December 28, 2009


1. Tajuk berita 'MANSOR PUTEH KECEWA DENGAN FINAS" di ruangan hiburan di Utusan Malaysia hari ini mungkin merupakan jenaka terhebat sebagai penutup tahun 2009 pada industri filem di Malaysia.
.
2. Mansor Puteh yang selama ini cukup lantang mengkritik filem orang lain rupa-rupanya tidak boleh dikritik. Dia 'mengamuk' bila Finas menyenaraikan 13 komen negatif terhadap dokumentarinya The Residency Years mengenai Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
.
3. Memang sebagai seorang pengkarya kita mesti berani mempertahankan karya kita tapi dalam masa yang sama juga mesti berani menerima teguran orang lain.
.
4. Learn to accept rejection.

ONE LITRE OF TEARS DAN KISAH SEORANG HAFIZAH

Sunday, December 27, 2009

1. Sebuah drama bersiri Jepun terbitan Fuji TV(2006) bertajuk One Litre Of Tears pernah ditayangkan di TV8 pada August 2007. Drama ini begitu popular sehingga ianya juga ditayangkan di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.Drama ini turut mempunyai dua tajuk lain iaitu A Diary With Tears dan A Diary Of Tears.
.
2. Akibat kesibukan menulis skrip saya tidak berkesempatan menontonnya ketika ditayangkan di TV8 walaupun anak-anak saya selalu mendesak saya menontonnya. Tapi saya sempat mencari dvdnya bulan lepas dan selesai menontonnya baru-baru ini.
.
3. One Litre Tears adalah satu kisah benar berdasarkan sebuah diari yang ditulis sendiri oleh watak yang mengilhamkan cerita ini sehingga kematiannya. Diari ini telah dijadikan sebuah buku kemudiannya dan terjual sebanyak 1.1 juta naskah di Jepun.

Wajah Aya Ikeuchi yang sebenar
.
4. Sinopsis – mengisahkan kehidupan seorang remaja perempuan bernama Aya Ikeuchi ketika berumur 15 tahun telah dikesan menghidapi sejenis penyakit yang dipanggil degenerative disease. Penyakit yang ada kaitan dengan tulang sum-sum itu sehingga kini masih belum lagi ada ubat penyembuhnya. Namun Aya Ikeuchi sempat melawan penyakitnya sehinggalah dia mati pada umur 25 tahun. Sepanjang tempoh dia dihinggapi penyakit itu sehingga ke saat kematiannya Aya Ikeuchi telah meluahkan perasaannya pada sebuah diari.
.

Ireka Sewajiri yang memegang watak sebagai Aya Ikeuchi.
.
5. Cerita yang pada saya very inspirational seperti ini patut ditonton oleh semua. Sungguh menyentuh perasaan apatah lagi ianya digarap dari point of view seorang ibu.
.
6. Sebuah produksi di RCTI, Indonesia telah meniru bulat-bulat jalan cerita One Litre Tears ini dengan tajuk Buku Harian Nayla. Tindakan plagiarism ini telah dibantah oleh Fuji TV yang telah menerbitkan drama asal tersebut.Namun RCTI sebagai usaha menafikan tuntutan hakcipta tersebut telah menulis pada ending credit drama Buku Harian Nayla itu seperti berikut “Cerita ini adalah rekaan semata-mata,apa-apa kesamaan pada nama, karektor, tempat dan masa jika ada hanyalah secara kebetulan sahaja".
.
.
7. Namun para pengkritik mengatakan siapa sahaja yang menonton Buku Harian Nayla dan One Litre Of Tears pasti akan mendapati kedua-dua drama tersebut adalah sama. Sah Indonesia telah plagiat drama terbitan Fuji TV tersebut. Para pengkarya dan media di Indonesia sebelum ini telah begitu kemaruk menghentam pengkarya Malaysia kerana dituduh menciplak karya-karya Indonesia. Tapi hakikatnya mereka lebih teruk lagi kerana tanpa malu dan rasa bersalah telah mencedok bulat-bulat karya One Litre Of Tears.

8. Saya mengidamkan sebuah drama melayu dari sebuah kisah benar seperti One Litre Of Tears dapat dihasilkan. Namun saya gagal menemui mana-mana kisah benar yang boleh dijadikan story line.
.
9. Namun tuah dan rezeki menyebelahi saya baru-baru ini bila saya bertemu dengan Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah baru-baru ini.
.
10. Dia secara kebetulan mencadangkan pada saya agar sebuah drama mengenai seorang sahabatnya yang meninggal dunia akibat dari satu penyakit yang dihidapinya sejak berumur 17 tahun lagi. Akibat penyakitnya itu dia telah menjadi buta. Sahabatnya itu yang juga seorang Al Hafizah yang dikenalinya semasa di Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM telah berjuang melawan penyakitnya sehingga dia meninggal dunia pada umur 32 tahun. Namun sebelum meninggal dia telah dapat membantu usaha JAKIM melahirkan Al Quran Braille yang pertama di Asia Pasifik.
.
Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah yang terkenal dalam segmen Khazanah Dari Syurga (TV3) dan Kalamullah (Astro Oasis)
.
11. Kata Ustazah Asni “Dia meninggal dengan membawa bersamanya hafazan 30 juzuk Al Quran di dada”. “Cerita sebegini dapat mendidik dan mengajar manusia tentang erti Redha” kata Ustazah Asni lagi.
.
12. Story line yang diberi oleh Ustazah Asni ini lebih kurang sama dengan One Litre Tears.
.
13. Saya mahu menulis skrip drama tersebut dan berharap ada station tv di Malaysia yang mahu menerbitkannya.
.
14. Cerita yang sama tapi tak serupa. Bukan plagiarism seperti yang telah dilakukan oleh RCTI, Indonesia yang meniru bulat-bulat jalan cerita One Litre Tears.

SHOOTING HARI TERAKHIR BERSAMA USTAZAH ASNI AL HAFIZAH 26.DIS 2009

Saturday, December 26, 2009

Ustazah Asni bukan sahaja seorang Al Hafizah tapi dia juga seorang motivator. Saya tidak beri skrip padanya tapi memberi kebebasan pada Ustazah Asni membuat dialoq sendiri berdasarkan story line dan mesej yang saya kehendaki.

Taklimat pada YAsmin Isa mengenai rombakan dialoq berdasarkan perbincangan yang telah dibuat dengan Ustazah Anis sebelum ini.
.
Yasmin Isa & Rozita Che Wan

Lokasi disebuah rumah di batu 16, Hulu Langat, Selangor

Zurin & Rozita Che Wan

Taklimat akhir sebelum roll & action

PARI-PARI DALAM MINDA MELAYU NUSANTARA

Thursday, December 24, 2009

Filem mengenai pari-pari yang akan ditayangkan di panggung bermula pada 31Dis 2009

1. Drama sinetron Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa menjadikan Pari-pari bersayap sebagai latar cerita mereka. Karektor pari-pari ini pada sesetengah pengkarya di Indonesia dianggap benar dan perlu diyakini keujudannya.

2. Setelah drama sinetron tersebut ditayangkan di kaca tv di Malaysia tidak mustahil juga ramai yang menyakini keujudannya. Apatah lagi masyarakat melayu yang ketika ini selalu dihidangkan dengan cerita hantu dan mistik memang sudah menyiapkan mind-set dan diri mereka untuk menerima keujudan benda-benda mistik seperti ini. Mereka lebih percaya dan takut pada keujudan hantu dari takut pada keujudan Allah swt.

3. Apakah benar ujudnya pari-pari ini?

4. Di barat terutamanya di Britain 5 keping gambar pari-pari yang diambil oleh dua sepupu rapat Elsie Wright (16 th) dan Frances Griffith (10th) pada 1917 mengakibatkan semua mempercayai keujudan pari-pari ini.



5. Namun setelah 65 tahun gambar tersebut disiarkan, pada 1986 sebelum keduanya meninggal dunia, mereka telah mengakui gambar pari-pari yang mereka ambil itu adalah gambar palsu. Pari-pari yang terdapat dalam gambar yang mereka ambil pada 1917 itu sebenarnya telah digunting dan diambil dari sebuah buku cerita kanak-kanak bertajuk Princess Maries Gift Book (1914). Hal ini hanya terbongkar pada tahun 1978 apabila ada yang menyedari gambar pari-pari yang diambil oleh kedua sepupu tersebut sama dengan apa yang ada dalam buku tersebut.
.
6. Masyarakat di barat selepas pengakuan kedua sepupu tersebut mula tidak percaya keujudan pari-pari dalam dunia realiti. Tapi tidak pada sesetengah masyarakat melayu di nusantara yang masih lagi yakin akan keujudannya.Buktinya adalah pada story line yang ada pada Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa.
.
7. Sebuah filem bertajuk The Fairy Tale - A True Story (1998) pernah diterbitkan bagi mengenang peristiwa berkait polemik gambar tersebut.


8. Tapi macam mana pula dengan filem Duhai Si Pari-Pari terbitan Tayangan Unggul arahan pengarah muda Azmi Mohd Hata yang bakal di tayangkan pada 31Dis 2009 ini?
.
Sinopsis - Duhai Si Pari Pari mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang tidak pernah dilamun cinta. Ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk wang simpanan Syadon.Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak tapi dia cukup cermat dan pandai menyimpan. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay).Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, bapa Pari Pari, Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari para para iaitu lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.
.
9. Saya masih belum boleh memberi sebarang komen atau ulasan kerana belum menontonnya malah ianya juga belum ditayangkan lagi. Tapi saya akan merujuk kepada pandangan beberapa tokoh agama yang saya kenal untuk mendapatkan pandangan mereka berkait pemaparan karakter pari-pari dalam filem dan drama untuk tontonan khalayak penonton melayu.
.
10. Namun saya percaya masyarakat melayu yang percaya dan meyakini ujudnya pari-pari ini akan pergi menontonnya. Sinetron Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa telah pun menyiapkan mind set mereka untuk menerima filem genre seperti itu.
.
11. Saya harap khalayak penonton hanya menontonnya sebagai satu hiburan kartun ala Walt Disney Pictures semata-mata tapi tidak menjadikannya satu 'aqidah' dalam diri mereka mengenai illusi keujudan pari-pari ini.

PENUKARAN TAJUK DRAMA


PENGUMUMAN
.
1. Minggu lepas Astro telah meminta saya mencari tajuk lain bagi drama saya AKU TERIMA NIKAHNYA yang sekarang masih sedang shooting.Tajuk itu telah diberi oleh penerbit drama tersebut sebelum ini yang juga adalah syarikat bersekutu kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd yang telah menerbitkan buku AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
.

2. Bagi mengelakkan drama tersebut dikaitkan dengan buku Ustaz Hasrizal, saya cepat menyetujuinya kerana story line drama tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan buku Ustaz Hasrizal apatah lagi saya sendiri belum pernah berkesempatan membacanya buku best seller tersebut.
.

3. Saya telah mencadangkan tajuk baru 'YANG MANA SATU' kepada Astro Oasis.
.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk minta maaf pada Ustaz Hasrizal Abd Jamil jika tajuk drama saya ini telah menimbulkan kekeliruan pada para pembaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA.
.
4. Drama tersebut akan menamatkan shooting pada 26.Dis (Sabtu) ini dengan penglibatan seorang lagi ikon Oasis.

PEJABAT PPTV

Wednesday, December 23, 2009


1. Saya diajak oleh Sdr Jurey Rosli, Presiden Persatuan Penerbit TV (PPTV) Malaysia ke pejabat PPTV di Setapak petang tadi. Pejabatnya cantik dan nampak berwibawa.Ini petanda PPTV sebuah persatuan yang punya visi & misi serta boleh diberi harapan untuk menjadi tonggak utama dalam membela nasib para penerbit tv di Malaysia.
.
2. Kebetulan AJK PPTV akan mengadakan mesyuarat mereka petang itu. Sempat saya berkenalan dan berbual dengan beberapa orang penerbit drama yang ada di situ.
.
3. Banyak yang dapat saya bual dan bertukar maklumat dengan Jurey Rosli mengenai masalah serta cabaran masa depan industri drama.
.
4. Melihat kehadiran ramai penerbit di pejabat tersebut, saya yakin PPTV sedang dan akan bekerja keras untuk mengatasi segala masalah yang sedang berlaku dalam industi terutamanya dengan station-station tv samada milik kerajaan atau swasta.
.
5. Perjuangan PPTV juga memberi tempias yang positif kepada penulis skrip dan semua pekerja belakang tabir yang lain.
.
6. Semoga usaha PPTV ini mendapat sokongan dari semua penerbit samaada yang menjadi ahli bersekutunya ataupun tidak.
.
7. Saya menyokong penubuhan persatuan asal sahaja mereka tidak beragaduh merebut jawatan.

THE CUP

Tuesday, December 22, 2009

1. Saya pernah menonton vcd filem Bhutan bertajuk The Cup pada tahun 2000 atas cadangan Prof Dr Hatta Azad Khan. Filem genre komedi arahan Khyentse Norbu dan ditulis skrip oleh orang yang sama ini adalah merupakan filem kelahiran atau terbitan Bhutan yang pertama.
.

2. Jalan ceritanya yang diilhamkan dari satu kisah benar ini amat menghiburkan. Ianya menepati dengan apa yang sering saya sebut sebagai a good story always comes from a very simple and moving story.
.
3. The Cup(1999) telah menerima anugerah The Best Foreign Language Film di Cannes.
.
4. Peliknya The Cup yang dihasilkan oleh sebuah negara miskin seperti Bhutan hanya menggunakan peralatan lama dan kamera yang tidak canggih. Ia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan skrip dan latar atau subject yang dipilihnya. Keseluruhan lokasinya berlaku di sebuah kuil di pinggir pergunungan Himalaya.
.
5. Sinopsis - kisah 2 pelatih sami budha berumur antara 10-14 tahun kerap menyeludup keluar dari kuil pada waktu tengah malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia FIFA 1998 di sebuah kampung berdekatan. Kerana kerap menyelinap keluar mereka berdua selalu mengantuk ketika berada dalam kelas. Satu hari ketika pulang dari menyaksikan perlawanan separuh akhir mereka telah ditangkap oleh warden kuil.Harapan mereka untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1998 terkubur. Namun kerana begitu meminati Ronaldo mereka telah merayu kepada ketua sami agar membenarkan mereka menyewa sebuat set tv bersma dengan piring stelitenya sekali untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di dalam kuil. Ketua Sami yang teringin mengetahui apa itu bola sepak telah membenarkan. Semua sami budha kemudian mengumpul duit untuk menyewa tv. Malangnya ketika beberapa minit sebelum perlawanan akhir Piala Dunia bermula berlaku blackout di kuil.
.
6. The Cup membuktikan skrip dan subject cerita lebih penting daripada peralatan canggih.
.
7. Trailer The Cup boleh di tonton di Youtube.

TEGURAN DATIN FATINI YAAKUB TERHADAP ERMA FATIMA

Sunday, December 20, 2009


1. Teguran dan kekesalan Datin Fatini Yaakub sepertimana disiarkan dalam akhbar BERITA MINGGU hari ini 20 Dis pada Erma Fatima terhadap penghasilan teater NATRAH patut diambil ikhtibar oleh semua pihak.
.
2. Saya menyokong penuh tulisan Datin Fatini Yaakub itu namun tidak adil pula bagi saya memberi komen ke atas Erma Fatima dan naskah NATRAH di pentas teaternya kerana saya sendiri tidak berkesempatan menonton Natrah walaupun pada awalnya saya bercadang berbuat begitu.


3. Bagi mengelak perkara yang sama berulang saya mencadangkan para pengkarya yang mahu mengangkat sesebuah naskah sejarah samaada dalam filem, teater atau drama, yang ada kaitan dengan islam dan penganutnya lebih-lebih lagi jika ianya berdasarkan dari sebuah kisah benar patut atau 'wajib' mempunyai pakar rujuk baik dalam bidang sejarah mahupun dalam bidang agama.


4. Erma Fatima tentu mempunyai pegangan hidup dan nilai yang berakar umbi dari pengalaman hidup, persekitaran rakan taulan dan latar belakang pendidikannya. Dia tentunya melihat sesuatu naskah sejarah dari sudut atau sisi yang sesuai dengan nilai yang dipegang dan diyakininya. Nilai ini belum tentu tepat dengan nilai agama yang difahaminya. Sebab itu kita perlukan pakar rujuk sebagai medium check & balance kepada persoalan nilai ini. Mementaskan sebuah naskah unsur keagamaan seperti Natrah ini tidak boleh dibuat secara semborono atau trial & error. Jika tidak Natrah mungkin dilihat sesetengah pihak bukan 'dakwah' tapi 'dakyah' yang memenangkan Kristianiti ke atas Natrah. Natrah seharusnya menaikkan moral dan semangat umat melayu untuk mempertahankan islam mereka bukannya membuat penonton tertanya-tanya apa yang sebenarnya dilihat oleh Erma Fatima dalam naskah Natrah ini.
.
5. Sebahagian petikan daripada teguran Datin Fatini Yaakub tersebut adalah seperti berikut :
  • Fakta sebenarnya, kita tidak kalah dalam Natrah! Kita tentang dengan berani kebiadapan penjajah pada masa itu, walaupun hanya dengan galah dan kayu. Kita berjaya melumpuhkan jentera pentadbiran Inggeris - sebuah kuasa besar penjajah zaman itu hingga terpaksa diisytiharkan darurat selama tiga hari tiga malam. Keberanian kita mengejutkan seluruh dunia! Mesej kemenangan moral ini berjaya kita hantar ke seluruh dunia dan memberikan kesan kejutan yang sungguh hebat. Sesungguhnya demikianlah hebatnya Islam – sebuah agama yang sangat menghargai dan memelihara akidah umatnya walaupun dia hanya seorang gadis kecil berusia 13 tahun.
  • Dalam penelitian saya, harga diri bangsa dan nilai cinta bangsa Melayu terhadap agamanya lebih hebat daripada kisah cinta dua individu Natrah-Mansor yang tidak kesampaian. Pada hakikatnya Allah mentakdirkan Che Aminah membuat kesilapan menikahkan mereka di Singapura sehingga akhirnya mereka bertiga terpaksa berkorban rasa.
  • Jadi pada saya, yang memegang amanah kisah sebenar Natrah, saya berharap dalam genre manapun ia hendak dipersembahkan – sama ada teater, drama bersiri televisyen atau filem, biarlah berdiri atas kisah sebenar dan semangat yang sebenar pejuang-pejuang ini. Angkatlah semangat besar ini dengan bijaksana kerana orang Melayu tidak kekurangan bahan kreatif yang boleh membangkitkan semangat membela agama dan sayangkan bangsa.
  • Untuk karya kreatif Natrah bagi saya, ada perkara yang boleh didramatikkan dan ada perkara yang tidak boleh didramatikkan. Banyak sudut boleh dipilih, banyak mesej boleh diberi, namun sekiranya kita sayangkan agama dan bangsa kita, berilah kesempatan kepada khalayak penonton mendapat pengertian ini, kerana inilah hak roh mereka yang berjuang demi agama di dalam Natrah yang kebanyakannya sudah meninggalkan kita.
  • Jadi dalam membicarakan teater hasil garapan Erma tempoh hari, saya memohon maaf kerana tidak merasakan roh semangat perjuangan Islam yang saya rakamkan di atas, sepanjang teater itu berlangsung. Saya agak kecewa kerana barangkali menaruh harapan yang tinggi terhadap Erma. Namun saya tidak salahkan Erma, kerana kisah sebenar Natrah memang memerlukan masa untuk memahaminya dan menghadamkannya sehingga berjaya menampilkan roh Islam itu. Ini satu cabaran untuk Erma dan karyawan lain juga.
  • Sekiranya Erma atau karyawan manapun jua, jujur dan mahu berusaha menghormati semangat pejuang itu, saya percaya karya kita akan dihormati dan tidak akan ada nada suara mengkritik kita atau menyakitkan hati kita. Kejujuran dalam Islam, adalah kata kunci karya kita.
  • Rasa jujur ini akan merentas langit dan bumi. Penilaian sebenarnya karya kita datang dari langit, dari pemilik agama ini, yang kemudiannya Dialah yang menghantar rasa jujur itu kembali ke bumi dan akhirnya dirasai oleh khalayak penonton. Inilah yang sebenarnya magis karya kita. Percayalah ...
  • Jadi untuk sesiapa saja yang berminat untuk membentangkan Natrah dalam genre lain selepas ini sama ada drama televisyen, filem atau mementaskan kembali teater Natrah itu, berhati-hatilah. Janganlah kita terdorong untuk mengaut keuntungan dan mencari nama sehingga menenggelamkan semangat sebenar khazanah perjuangan orang Melayu yang tidak ternilai harganya di dalam Natrah.

FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009 FINAS

Saturday, December 19, 2009

1. Saya sempat menonton filem LASKAR PELANGI arahan Riri Riza di Panggung Mini P Ramlee di FINAS semalam (19Dis) sempena FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009. Selain filem Indonesia, filem-filem dari Turki, BoldArab Saudi dan Malaysia ada juga ditayangkan.

2. Sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan. Ada sedikit elemen dakwah di selitkan. Walaupun sedikit tapi cukup berkesan dihati penonton. Log line "Hidup mesti memberi banyak-banyak dan bukan menerima banyak-banyak" begitu lekat dihati saya. Ceritanya tidak punyai nilai komersial langsung tapi punya nilai kemanusiaan sejagat yang amat tinggi. Jalan ceritanya juga amat mudah dan tidak berat.



3. Filem ini tidak menjual mimpi. Ianya dekat dengan pengalaman hidup penonton yang bertemakan kepentingan pendidikan dan membawa mesej bahawa kanak-kanak miskin juga berhak mendapat pendidikan terbaik.

4. Sinopsis - Filem ini mengisahkan bagaimana seorang guru wanita bernama Muslimah berusaha mengekalkan sekolah usangnya yang hanya mempunyai 10 orang murid tapi nakal.Warga pendidik dan para guru-guru di Malaysia patut menonton jalan cerita mengenai warga pendidik seperti ini.Ia boleh menjadi sumber motivasi kepada mereka.

5. Laskar Pelangi mengingatkan saya kepada sebuah filem dari negeri China NOT ONE LESS yang diarahkan oleh Zhang Yimou. Laskar Pelangi dan Not One Less mempunyai tema dan mesej yang sama.



6. Kita di Malaysia patut melahirkan genre filem seperti ini kerana ianya lebih dekat pada realiti dan jiwa masyarakat kita. Dalam erti kata lain kita perlu memperbanyakkan jalan cerita yang tidak menjual mimpi.

7. Festival Minggu Filem Islam FINAS ini perlu lebih promosi agar boleh melibatkan lebih ramai khalayak penonton terutamanya para pelajar dalam jurusan filem dan pengajian islam di IPT.

8. Festival ini telah bermula pada 12 Dis dan akan berakhir pada 28 Dis ini. Untuk maklumat lanjut sila layari web FINAS.

9. Kebetulan pada hari yang sama di Koahsung, Taiwan, Laskar Pelangi telah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke 53 selepas mengetepikan 40 karya lain termasuk dari Malaysia yang mencalunkan filem Telentime, Wayang dan Papadom yang tidak memenangi sebarang anugerah.

Cendermata kepada wakil penerbit filem dari Turki dan Indonesia


Ustaz Nazri (Raihan) menyampaikan sebuah lagu nasyid sebelum tayangan filem

OTAK PENULIS SKRIP

Friday, December 18, 2009


1. Tidak pernah kita dengar seorang doktor atau saintis menjadikan pengarahan filem/drama dan penulisan skrip sebagai profession mereka. Tapi kita biasa dengar seorang peguam seperti saya sebagai contohnya, menjadi penulis skrip. Malah di barat ramai peguam di sana bertukar profession menjadi pengarah dan penulis skrip.
.
2. Kenapa berlaku begitu?
.
3. Ianya ada kaitan dengan peranan otak kiri dan otak kanan yang kita miliki.
.
4. Roger Sperry dan Robert Orntein, pengkaji-pengkaji dari Institut Teknologi California yang telah memenangi hadiah Nobel mengemukakan bahawa otak kita boleh dibahagikan kepada hemisfera kiri dan kanan. Hemisfera-hemisfera ini lebih popular digelar sebagai otak kiri dan otak kanan.
.
.
5. Secara umumnya, bahagian kiri otak memainkan peranan utama dalam pemprosesan bahasa, logik-matematik dan menyusun pembelajaran dalam urutan yang bermakna. Sebaliknya, bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada ritma, muzik, visual, khayalan dan lain-lain yang tergolong dalam aktiviti kreatif.
.
6. Persoalan yang mungkin timbul ialah : otak manakah (kanan atau kiri) yang lebih penting?
.
7. Sebenarnya kedua-dua otak kanan dan kiri adalah sama penting. Walaupun kedua-dua hemisfera mendominasi aktiviti tertentu, kedua-duanya terlibat di dalam pemikiran dan pentafsiran maklumat pada masa yang sama. Orang yang cenderung menggunakan otak kiri lebih suka pentafsiran maklumat langkah demi langkah. Mereka juga digelar jenis pelajar atau pemikir linear. Mereka yang cenderung menggunakan otak kanan pula perlu melihat keseluruhan gambaran besar. Mereka digelar pemikir global.Bagi contoh apabila kita mendengar lagu, otak kiri akan terfokus kepada lirik lagu manakala otak kanan akan memproses melodi lagu.
.
8. Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, ahli matematik atau saintis.
.
9. Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. Penulis skrip juga tergolong dalam kategori ini.
.
10. Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.
.
11. Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.
.
12. Kesimpulannya orang yang datang dari aliran sastera yang banyak menggunakan fungsi otak kanan lebih sesuai atau lebih mudah jadi penulis skrip dari yang datang dari aliran sains yang lebih banyak menggunakan otak kiri.

TOKOH MAAL HIJRAH NEGARA

Dr Yusof Al Qardawi & Dr Wahbah al Zuhaili
.
1. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana kalau kita kehilangan dua tokoh ulama tersohor ini. Pandangan dan fatwa mereka berdua menjadi sumber rujukan dunia islam kini.

2. Mereka berdua memang layak di nobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara. Dr Wahbah al Zuhaili pada 1430 Hijrah dan terkini Dr Yusof Al Qardawi pada tahun ini 1431 Hijrah.

3. Dulu saya kerap mengikuti program khas fatwa terkini Dr Yusof Al Qardawi di Channel Al Jazeera versi arabic yang dialih bahasakan ke dalam Bahasa Melayu di Astro. Tapi selepas Channel Al Jazeera versi English mengambil alih slot Dr Yusof Al Qardawi tersebut telah tiada dalam Al Jazeera versi English.Ini merupakan satu kerugian pada umat Islam di Malaysia.

4. Di sini saya mencadangkan agar slot Dr Yusof Al Qardawi itu diujudkan semula oleh Astro dalam platform channel Astro OASIS.

5. Begitu juga saya mencadangkan kepada Astro agar dapat menyiarkan slot berkait dengan pandangan dan fatwa Dr Wahbah Al Zuhaili di Oasis.

MATLAMAT HIDUP SESETENGAH ARTIS


1. Mungkin secara 'kebetulan' atau satu 'fenomena' saya tak pasti.
.

2. Tapi pengalaman saya bergaul dengan beberapa artis drama popular memperlihatkan kebanyakkan mereke suka memiliki kenderaan berjenama seperti BMW.Cuma yang peliknya fenomena ini hanya berlaku pada artis wanita tapi tidak pada artis lelaki. Memiliki sebuah kereta mewah BMW seolah-olah sudah jadi matlamat hidup pada kebanyakkan para artis wanita.
.
3. Kalau popular dan kerap muncul dalam drama bersiri memang mereka layak memilikinya. Sebagai penulis skrip saya memang tahu berapa yang dibayar oleh producer kepada artis popular untuk drama saya. Apatah lagi sebagai seorang bekas peguam kadangkala saya turut membantu producer menyediakan Artis Aggreement untuk para pelakun. Dalam aggreement tersebut ada dinyatakan berapa bayaran yang diterima oleh setiap artis.
.
4.Seorang artis wanita popular dari grade A biasanya mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 untuk drama berepisod 30 minit dan RM25oo untuk drama berepisod 1 jam. Maknanya kalau drama 13 episod 30 minit (22-25 hari shooting) mereka menerima bayaran RM1500x 13 = 19,500. Untuk drama 26 episod pula(40-50 hari shooting) mereka menerima RM2500x26 = RM65,000.
.
6. Cuba bayangkan jika mereka terlibat dalam drama 30 atau 40 epiosd 1 jam? Tentunya lebih lumayan.
.
7. Kerana itu kebanyakkan artis suka mencari peluang untuk memegang watak utama dalam drama episod yang panjang.
.
8. Itu market rate terkini dalam industri. Untuk drama telemovie 90 minit pula(9-10 hari shooting), kalau memegang watak protagonist(watak utama) mereka biasanya dibayar sekitar RM7000-RM8000. Saya pernah dengar seorang artis wanita dibayar sebanyak RM12,000 di Astro untuk sebuah tele.Tapi ini adalah kes terpencil dan tidak boleh dijadikan benchmark.
.
9. Dengan mengukur kekerapan seorang artis wanita popular grade A muncul dalam banyak tele dan drama epiosd dalam setahun saya menjangkakan mereka mampu memperolehi pendapatan antara RM1500,000/-RM200,000/ setahun.
.
10. Kerana itu keupayaan seorang artis popular grade A untuk memiliki sebuah BMW memang tidak pelik. Apatah lagi kalau mereka juga seorang pelakun filem dan seorang penyanyi popular yang sentiasa menerima undangan menyanyi dalam majlis-majlis korporat. Mereka biasanya dibayar antara RM5000-RM8000 untuk menyanyikan 3-5 buah lagu. Pendapatan mereka mungkin lebih besar dari apa yang saya nyatakan tadi.Bagi filem pula seorang artis wanita grade A dibayar antara RM60,000-RM100,000.
.
11. Cuma saya agak pelik bilamana artis yang tidak popular dari grade B atau C juga memiliki BMW padahal mereka jarang muncul di kaca tv dan jarang dapat memegang watak utama. Ada diantara mereka yang tinggal di kondominum mewah.Adakah mereka di sponsor oleh individu tertentu? Hanya mereka sahaja yang dapat menjawabnya.
.
12. Harga sebuah kereta BMW bukanlah murah. Sebagai perbandingan BMW 118i baru paling murah dipasaran berharga RM203,800, BMW320i ialah RM236,800, BMW335i Individual ialah RM539,800 dan BMW5251 Sports ialah RM415,800.
.
13 Namun dalam kemewahan kebendeaan dan hidup penuh glamour itu seorang artis wanita popular pernah mengajak saya dan isteri ke apartment mewahnya. Dalam pertemuan 'enam mata' itu dia mengadu hidupnya kosong, tidak tenang dan rumahtangganya berantakkan.
.
14. Itulah kisah sebenar belakang tabir golongan artis yang menganggap memiliki BMW adalah matlamat hidup mereka. BMW dijadikan lambang status dan lambang kemegahan semata.Memiliki BMW sudah jadi satu perlumbaan bagi mereka.

SHOOTING 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI KOTA DAMANSARA 17.DIS 2009

Thursday, December 17, 2009