KARYA YANG DITUNTUT TERHADAP PENGKARYA YANG BERTARAF 'PROFESSOR'

Monday, December 7, 2009

Prof. Dr Hatta Azad Khan
1. Sepanjang ingatan saya filem melayu terakhir yang saya tonton di panggung ialah GILA-GILA lakunan AR Badul dan R Jaafar ketika di sekolah menengah dahulu. Selepas itu saya tidak lagi menonton filem melayu di panggung kecuali cerita dari barat atau cerita China samaada dari Taiwan atau Hong Kong.


2. Tapi untuk filem WAYANG saya pergi ke panggung untuk menontonnya. Apa istimewanya WAYANG sehingga berjayaBold menarik semula minat saya menonton filem melayu di panggung?


3. Saya ke TGV di KLCC tahun lepas untuk menonton WAYANG adalah kerana ianya merupakan karya dan pengarahan 'guru' saya Prof Dr. Hatta Azad Khan yang telah mengajar saya menulis skrip ketika saya mengikuti kelas penulisan skrip hujung minggu selama 6 bulan yang di anjurkan oleh FINAS dahulu.


4. Pernah ketika dalam kuliahnya Dr Hatta menyatakan keinginnannya untuk menerbit dan mengarahkan sebuah filem art (seni) untuk tontonan khalayak penonton melayu yang selama ini banyak di hidangkan dengan genre hantu dan komedi slapstick semata.


5. Skrip WAYANG yang ditulis sendiri oleh Dr Hatta itu sebenarnya telah memenangi tempat pertama Pertandingan Menulis Skrip Finas kalau tidak silap saya pada 2002 atau 2003. Dr Hatta yang kini Dekan di Fakulti Seni Kreatif UiTM mungkin telah berjaya memujuk dan menyakinkan pihak UiTM sendiri untuk menerbitkan filem tersebut.


6. Saya suka dengan jalan cerita WAYANG tersebut. Ianya tentang masaalah 'scepticalism' golongan yang kononnya mendakwa mereka lebih pandai beragama terhadap orang yang dipandang serong mereka sebagai tersasar dari jalan agama. Mengujudkan kisah cinta seorang pemuda kampung di Kelantan dengan seorang wanita yang sengau juga agak melucukan. Flem ini menggunakan sepenuhnya loghat Kelantan.


7. Tapi malangnya ketika saya di panggung, yang menonton filem itu bersama saya hanya lebih kurang 10-12 orang sahaja. Itu pun saya rasa mungkin dari kalangan para pelajar di UiTM.


8. Tahniah pada Dr Hatta dan UiTM kerana kerana berani menerbitkan sebuah filem seperti ini. Memang Dr Hatta, Eman Manan, Zul Huzaimi dan Ide Narina layak menerima tropi pada ANUGERAH SKRIN TV3 2009 baru-baru ini.
.
9. Mungkin inilah karya yang dituntut oleh masyarakat dari kreativiti seorang yang bertaraf 'Professor'.
.
10. Prof A. Razak Mohaideen bila lagi? Masyarakat menuntut terhasilnya sebuah karya art (seni) darinya.

Comments

No response to “KARYA YANG DITUNTUT TERHADAP PENGKARYA YANG BERTARAF 'PROFESSOR'”
Post a Comment | Post Comments (Atom)