PENASIHAT SYARIAH DRAMA 'FITRAH' DI OASIS

Saturday, April 18, 2009

Saya tidak pasti samaada orang lain pernah melakukannya. Bagi memastikan drama FITRAH benar-benar menjadi sebuah karya islami yang baik dan boleh di teladani maka saya dan CERNA MEDIA telah mencadangkan kepada OASIS untuk melantik Ustaz Hazrizal dan Ustaz Adib Samuri untuk menjadi Penasihat Syariah kepada produksi drama tersebut.

DRAMA FITRAH DI OASIS

Thursday, April 16, 2009

Saya telah diamanahkan oleh Astro Oasis untuk menulis skrip drama 20 episod yang dijadualkan tayangannya pada seminggu sebelum ramadhan akan datang. Drama bertajuk FITRAH ini adalah diilhamkan dari satu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat. Drama bergenrekan cinta remaja ini diharap dapat menjadi satu medium baru dakwah dalam mendidik remaja untuk mengenal 'apa itu cinta yang direstui oleh Allah', insyaAllah. Sebuah syarikat penerbit tempatan Cerna Media Sdn Bhd telah di lantik untuk menerbitkan drama ini. Drama ini baru sahaja bermula pada peringkat pre pro dan di jangka akan memulakan jadual shootingnya pada pertengahan Mei nanti. insyaAllah. Bloggers boleh juga melayari http://saifulislam.com untuk perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.