PEREMPUAN BERKALONG SORBAN (2)

Sunday, July 25, 2010

1. Saya pernah menayangkan DVD filem Indonesia PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN ketika mengajar pada sessi kelas penulisan skrip berunsur Islam awal tahun ini.

2. Pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jalil (saifulislam.com) dan sdr Zakaria Sungib yang turut hadir dalam kelas penulisan skrip tersebut ada saya masukkan dalam entry blog saya sebelum ini bersama dengan pandangan saya sendiri.

3. Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga ada memberi komennya terhadap filem tersebut.


4. Pandangan Dr Mohd Asri yang agak ilmiah itu boleh dibaca pada blognya di http://drmaza.com

MAKBUL - D.O.P

Monday, July 19, 2010

Gambar kerja D.O.P di lokasi 'Makbul'.

MAKBUL drama 26 episod saya yang diarahkan oleh Asri Alias (RTM) kini masih sedang menjalani pengembaran di Yan, Kedah. Untuk drama ini khidmat Zanirol Azmar Zaihon (Zabz Dragon) telah diambil sebagai Director Of Photography(D.O.P) atau cameraman.

FITRAH WANITA (13 EPISOD)

Thursday, July 15, 2010

1. Drama saya FITRAH WANITA 13 episod sudah mula di tayangkan di RTM2 slot Mid Day Delight sejak 13 Julai 2010. Ianya akan bersiaran setiap Selasa dan Rabu pada jam 12.30-1.30 pm.

2. Mengenai konflik dan cabaran empat wanita lakonan Catriona Ross, Siti Fazurina, Diya Kholid, Yatt Hamzah dan Sabrina Ali. Drama ini turut dibantu pelakon Sahronizam Noor, Roy Azman dan Badrul Muhayat.

3.Keterangan lanjut mengenai sinopsis drama ini boleh diperolehi pada http://www.budiey.com/sahronizam-badrul-muhayat-bintangi-drama-fitrah-wanita/

LETTERS FROM IWO JIMA (2008)

Monday, July 12, 2010

1. Saya baru menonton dvd filem ini. Sebuah filem menarik mengenai 'The strory of the battle of Iwo jima during World war II' yang diterbitkan oleh Steven Spielberg dan di arahkan oleh Clint Eastwood. Menariknya skripnya ditulis oleh bangsa Jepun sendiri. Penulisi skrip ini berjaya mengangkat semangat patriotisme tentera Jepun terhadap tanah air dan Maharajanya. 'Kalah tapi bermaruah' itu mesej yang mahu disampaikannya.

2. Steven Spielberg (Yahudi) lebih rela mengangkat kisah kekalahan tentera Jepun dengan penuh maruah tapi dia tentunya tidak akan berbuat perkara yang sama untuk filem yang mengangkat perjuangan umat Islam yang sebenar.

3. Highly recommended movie to watch.

GAMBAR SEKITAR TAYANGAN 'CINTA SEMPURNA' DI MASJID AL NAEEM, SINGAPURA (2 JULAI)

Saturday, July 3, 2010


SMS DARI SINGAPURA

Friday, July 2, 2010

Masjid Al Naeem, Singapura.

Sms yang saya terima dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil di Singapura lewat malam tadi :

"Salam ustaz.Tayangan Cinta Sempurna di Masjid Al Naeem Singapura sangat berjaya Alhamdulillah. Ramai remaja hadir dan menonton dengan tekun drama melayu PERTAMA mereka.Drama yang menyebabkan remaja ini berbual serius sesama mereka tentang dialoq2 CS.Alhamdulillah".

ALHAMDULILLAH

TAYANGAN 'CINTA SEMPURNA' DI SINGAPURA

DRAMA 'CINTA SEMPURNA' DITAYANGKAN DI MASJID AL NAEEM DI SINGAPURA HARI INI (2JULAI). SELEPAS TAYANGAN, SESSI DIALOQ ANTARA PARA REMAJA SINGAPURA DENGAN USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL YANG MENGILHAMKAN STORY LINE DRAMA TERSEBUT AKAN DIADAKAN. ISU PEMURNIAN AQIDAH YANG DIBANGKITKAN DALAM 'CINTA SEMPURNA' BEGITU DEKAT DENGAN 'MASALAH NILAI' YANG SEDANG DIHADAPI REMAJA DI SINGAPURA HARI INI. KERANA ITU PIHAK PENGANJUR DI SINGAPURA MAHUKAN DRAMA TERSEBUT DITAYANGKAN SECARA EKSKLUSIF DALAM PROGRAM MEREKA MALAM INI YANG DIKHUSUSKAN UNTUK PARA REMAJA SINGAPURA.