Showing posts with label rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label rozita Che Wan. Show all posts

SHOOTING HARI TERAKHIR BERSAMA USTAZAH ASNI AL HAFIZAH 26.DIS 2009

Saturday, December 26, 2009

Ustazah Asni bukan sahaja seorang Al Hafizah tapi dia juga seorang motivator. Saya tidak beri skrip padanya tapi memberi kebebasan pada Ustazah Asni membuat dialoq sendiri berdasarkan story line dan mesej yang saya kehendaki.

Taklimat pada YAsmin Isa mengenai rombakan dialoq berdasarkan perbincangan yang telah dibuat dengan Ustazah Anis sebelum ini.
.
Yasmin Isa & Rozita Che Wan

Lokasi disebuah rumah di batu 16, Hulu Langat, Selangor

Zurin & Rozita Che Wan

Taklimat akhir sebelum roll & action

SHOOTING 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI KOTA DAMANSARA 17.DIS 2009

Thursday, December 17, 2009







SHOOTING DRAMA 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI BANGI 9.DIS 2009

Wednesday, December 9, 2009

Pejabat Datuk Dr Fadilah Kamsah di Bangi
1. Hari ini saya ke lokasi di pejabat Datuk Dr Fadilah Kamsah untuk memberi taklimat mengenai diaoloqnya. Datuk Fadilah turut berlakun secara chameo (special appearance) dalam drama ini. Saya memberi kebebasan pada Datuk Fadilah, Rozita Che Wan dan Yasmin Isa untuk menggunakan dialoq mereka sendiri. Tajuk yang saya minta mereka bualkan adalah mengenai 'Panduan memilih teman hidup'.
.
2. Ada 2 lagi tokoh yang akan muncul secara chameo selepas Ustaz Nabil & isteri dan Datuk Dr Fadilah Kamsah.


SHOOTING DRAMA 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI GIANT 7.DIS 2009

Monday, December 7, 2009


1. Saya singgah ke lokasi AKU TERIMA NIKAHNYA hari ini di pasaraya GIANT di Kota Damansara jam 5.30 petang tadi untuk brief Rozita Che Wan, Ustaz Nabil dan isteriya tentang dialoq yang perlu mereka tuturkan seperti yang saya kehendaki dalam skrip.
.
2. Ustaz Nabil pengacara rancangan JEMPUTAN UMRAH di Oasis dan isterinya muncul hanya dalam satu scene secara chameo dalam drama saya itu.
.
3. Kesian pula saya pada isteri ustaz Nabil kerana dia kebetulan sakit kerongkong dan selalu terbatuk-batuk ketika mendengar taklimat saya. Harap dia dapat membawa wataknya dengan baik. Saya telah beredar lebih awal sebelum mereka mula shooting.
.
4. Ada beberapa lagi ikon OASIS yang akan muncuk dalam drama saya ini.

SHOOTING 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI CARREFOUR BANDAR TUN HUSSEIN ONN 5 DIS 09

Saturday, December 5, 2009






DRAMA TERAKHIR 2009

Tuesday, December 1, 2009

Rozita Che Wan

Rohayah Ibrahim memberi taklimat

Rohayah Ibrahim (EP Astro)

Saipul Bahari Othman (Pengarah)
Yusri Yusof - Executive Producer

Iris Yasmin

1. Drama terakhir saya untuk tahun 2009 ini akan memulakan shootingnya pada 5 Disember ini.
.
2. Drama genre semi komedi 13 episod untuk Astro OASIS ini telah beberapa kali ditukar tajuknya. Penerbitnya Layar Consult Sdn Bhd akhirnya telah mencadangkan AKU TERIMA NIKAHNYA sebagai tajuk dan dipersetujui oleh OASIS.

2. Antara pelakun yang terlibat memegang watak utamanya dalam drama arahan Saipul Bahari Othman ini ialah Rozita Che Wan, Iris Yasmin, Liza Abdullah dan Roslan Sallleh.

3. Satu sessi taklimat dan script reading telah diadakan di pejabat penerbitnya. Executive Producer dari Astro Rohayah Ibrahim turut hadir untuk memberi taklimat kepada para pelakun dan krew yang terlibat.

4. AKU TERIMA NIKAHYA adalah kisah seorang perempuan (Rozita Che Wan) yang takut untuk berkahwin walaupun dia diminati oleh ramai jejaka.