PORTER DI MOUNT KINABALU, SABAH

Sunday, December 13, 2009

1. Ketika ke Mount Kinabalu April lepas saya sempat menemuramah seorang porter wanita berusia 55 tahun bernama Sendeh, keturunan Kadazan Dusun. Sendeh sudah mempunyai 8 orang anak dan 7 orang cucu. Sendeh merupakan porter wanita paling senior dan paling tua. Dia mengangkut barang-barang ke Laban Rata Resort yang terletak 3,000 kaki di kaki Gunung Kinabalu dengan bayaran RM2.00 sekilo. Sendeh mampu mengangkat 30 kilo berat barangan setiap kali mendaki. Katanya dalam seminggu 3 atau 4 kali dia akan mengangkat barang ke Laban Rata Resort.

2. Masa sessi pictching di RTM saya telah kemukakan satu story line bertemakan kekeluargaan mengenai kisah hidup porter wanita di Mount Kinabalu yang diilhamkan dari kisah Sendeh yang saya temui ini. Saya sempat menunjukkan video Sendeh ini pada panel pemilihan pitching ketika itu. Ternyata mereka agak tertarik dengan idea untuk menghasilkan sebuah telemovie berkait dengan kehidupan porter yang mengangkut barang ke puncak Kinabalu ini.

3. Namun saya tak pasti samaada proposal saya itu akan di pilih atau tidak.

4. Tapi saya mengharap RTM akan memilih proposal saya ini berdasarkan keunikan subjectnya dan originality idea pada story line proposal drama tersebut.

Comments

One response to “PORTER DI MOUNT KINABALU, SABAH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Anonymous said...

hmm.. idea yang bagus untuk menonjolkan satu lagi pekerjaan yang boleh dianggap agak berat juga... bukan mudah untuk mengangkat barang seberat 30kg ke destinasi yang agak tinggi...

March 20, 2012 at 8:16 PM