PEJABAT PPTV

Wednesday, December 23, 2009


1. Saya diajak oleh Sdr Jurey Rosli, Presiden Persatuan Penerbit TV (PPTV) Malaysia ke pejabat PPTV di Setapak petang tadi. Pejabatnya cantik dan nampak berwibawa.Ini petanda PPTV sebuah persatuan yang punya visi & misi serta boleh diberi harapan untuk menjadi tonggak utama dalam membela nasib para penerbit tv di Malaysia.
.
2. Kebetulan AJK PPTV akan mengadakan mesyuarat mereka petang itu. Sempat saya berkenalan dan berbual dengan beberapa orang penerbit drama yang ada di situ.
.
3. Banyak yang dapat saya bual dan bertukar maklumat dengan Jurey Rosli mengenai masalah serta cabaran masa depan industri drama.
.
4. Melihat kehadiran ramai penerbit di pejabat tersebut, saya yakin PPTV sedang dan akan bekerja keras untuk mengatasi segala masalah yang sedang berlaku dalam industi terutamanya dengan station-station tv samada milik kerajaan atau swasta.
.
5. Perjuangan PPTV juga memberi tempias yang positif kepada penulis skrip dan semua pekerja belakang tabir yang lain.
.
6. Semoga usaha PPTV ini mendapat sokongan dari semua penerbit samaada yang menjadi ahli bersekutunya ataupun tidak.
.
7. Saya menyokong penubuhan persatuan asal sahaja mereka tidak beragaduh merebut jawatan.

Comments

One response to “PEJABAT PPTV”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

dongeng_rakyat said...

Kira stesen tv kita; rtm 1 dan 2, tv3, ntv7, tv8, tv9, astro ria, prima, oasis, ceria dan rangkaian yang berbayar. Pun begitu banyak penerbit yang gigit jari. Cuba amat-amati penerbit mana yang mendapat perhatian semua stesen tv? Buat statistik. Jangan terkejut kalau ada unsur monopoli, favouritism, pra-janji dan sebagainya. Dan satu masalah lagi membeli program penerbit tempatan adalah lebih mahal dari program import. Apa yang perlu ialah kajian menyeluruh dan mencari penyelesaiannya bukan mesyuarat demi mesyuarat demi mesyuarat.

December 23, 2009 at 6:33 AM