'PERANG' FILEM PATRIOTIK ANTARA DUA KOREA

Monday, December 7, 2009

.
1. Drama bersiri Korea Selatan IRIS kini sedang ditayangkan serentak di kaca tv di beberapa buah negara. Di Malaysia ianya dapat ditonton di Astro, Channel 303, KBS World setiap Rabu dan Khamis jam 9-10 malam. Saya tidak pernah ketinggalan menonton drama ini.
.
2. Drama tersebut yang kini sudah masuk ke episod 10 minggu ini telah dibuat pengembaraannnya di beberapa lokasi di Seoul & Busan di Korea Selatan, Tokyo Japan, Budhapest Hungary dan Shanghai, China.
.
3. Sinospsis - kisah seorang agen perisik Korean Selatan di arah agensi perisikan Korea Selatan membunuh seorang menteri kabinet Korea Utara tapi gagal. Kegagalannya menyebabkan Korea Selatan menafikan agen tersebut adalah agen mereka. Agen Korea Selatan dan Korea Utara akhirnya memburu agen tersebut untuk dibunuh.
.
4. Ceritanya very unpredictable bilamana story linenya juga turut melibatkan agen perisikan Hungary, CIA dan agensi perisikan Jepun.
.

5. IRIS yang dibuat untuk tayangan di tv ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. IRIS membuktikan industri filem di Korea Selatan sudah berada setanding dengan industri filem di barat. Namun menurut para pengkritik filem TAE GUK GI(2004) adalah benchmark kepada kebangkitan dan tahap profesionalisme industri filem Korea Selatan. Tae Guk Gi dianggap setaraf dengan filem barat SAVING PRIVATE RYAN.
.


6. Sejak selepas Perang Korea (1951-53) lagi Korea Utara dan Korea Selatan berlumba-lumba melahirkan filem bertemakan patriotisme. Namun Korea Selatan sentiasa berada dihadapan dalam perlumbaan itu.
.
7. Kerana menyedari betapa pentingnya peranan filem dalam membangkitkan nilai patriotisme pada masyarakat, maka pada tahun 1978 Presiden Korea Utara Kim Jong IL telah mengarahkan agensi perisikannya menculik Chui Eun Hee seorang aktor wanita terkenal Korea Selatan pada era 70an.
.


Presiden Kim Jong IL
.
8. Sebuah kapalselam yang membawa beberapa agen perisik Korea Utara kemudiannya telah menyusup masuk ke perairan Korea Selatan untuk menghantar agen mereka bagi misi penculikan tersebut.
.
9. Agen-agen Korea Utara tersebut telah menemui dan memperdaya Chue Eun Hee dengan menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat penerbitan filem yang mahu menjadikannya sebagai rakan kongsi tapi akhirnya telah diculik. Dia telah dibawa ke kapalselam dan dibawa balik ke perairan Korea Utara.Presiden Kim Jong Il sendiri telah menunggu Chue Eun Hee di pelabuhan dan membawanya untuk tinggal secara paksa di Istana Presiden. Kehilangannya menjadi misteri pada industri perfileman di Korea Selatan malah suaminya Shin San Ok juga tidak tahu di mana hilang isterinya itu.
.
10. Chue Eun Hee telah dipaksa berlakun sebagai heroin dalam beberapa filem terbitan Korea Utara. Nyata penglibatan Chue Eun Hee telah menarik minat masyarakat Korea Utara untuk menonton filem berbentuk personality cult terhadap Presiden mereka yang mereka sembah seperti tuhan itu.

11. Namun Presiden Kim Jong Il masih tidak berpuashati dengan mutu pengarahan pengarah fi lem negaranya. Pada 1983 Kim Jong Il akhirnya mengarahkan agensi perisikannya agar menculik Shin San Ok pula yang kebetulan juga merupakan seorang Pengarah filem tersohor di Korea Selatan.
.

Chue Eun Hee & Shin Sang Sok


12. Agen perisikan Korea Selatan sekali lagi menyusup masuk ke perairan Korea Selatan dengan kapalselam dan menemui suami Choe Eun Hee, Shin San Ok dan memberitahu isterinya yang hilang sebenarnya berada di Korea Utara. Kerana rindu dan teringin berjumpa dengan isterinya Shin San Ok secara sukarela mengikut agen perisik Korea Utara balik ke Pyongyang.
.
13. Di istana Presiden ketika ditemukan dengan isterinya, Kim Jong Il telah memaksa Shin San Ok untuk menjadi propagandist dan mengarah beberapa filem patriotik Korea Utara jika dia mahu bersama dengan isterinya. Shin San Ok ketika itu tidak ada pilihan melainkan mengikut sahaja telunjuk Ki Jong IL.
.
14. Shin San Ok sempat mengarahkan beberapa filem untuk Korea Utara yang semuanya mendapat sambutan. Antaranya ialah PULGASARI sebuah filem tentang kemunculan seekor rasaksa seperti filem GODZILLA yang diterbitkan di Amerika. Malah Kim Jong Il sendiri akan mengedit skrip filem dan bertindak sebagai Executive Producer dalam semua filem yang diarahkan oleh Shin San Ok serta memberikan peruntukan yang besar bagi memastkan filem-filem yang di arahkan oleh Shin San Ok benar-benar dapat mengangkat tema personality cult rakyat terhadap dirinya. 7 filem dapat diterbitkan dengan pengarah Shin San Ok sepanjang tempoh dia berada dalam tahanan di Korea Utara.
.
15. 1986, Shin San Ok dan isterinya kemudian telah melarikan diri dari Korea Utara ketika mengadakan satu business trip ke Vienna dan mendapatkan suaka politik di Kedutaan Amerika di sana. Mereka berdua kemudiannya dibawa ke Amerika Syarikat.
.
16.Dua negara di semenanjung Korea ini begitu komited dan serius dalam mengangkat tema patriotisme dalam filem dan drama mereka kerana hakikatnya kedua negara serumpun ini masih dalam keadaan berperang kerana tidak pernah menandatangani perjanjian genjatan senjata penamatan Perang Semenanjung Korea yang berlaku pada 1951-53 dahulu.
.
17. 1994 Shin San Ok dan isterinya pulang ke Korea Selatan dan meninggal dunia pada 2004. Pada 2006 Presiden Korea Selatan ROH MU-HYUN telah memberi anugerah GOLD CROWN CULTURUL MEDAL padanya sebagai pengikhtirafan kepada mendiang.

Comments

No response to “'PERANG' FILEM PATRIOTIK ANTARA DUA KOREA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)