THE CUP

Tuesday, December 22, 2009

1. Saya pernah menonton vcd filem Bhutan bertajuk The Cup pada tahun 2000 atas cadangan Prof Dr Hatta Azad Khan. Filem genre komedi arahan Khyentse Norbu dan ditulis skrip oleh orang yang sama ini adalah merupakan filem kelahiran atau terbitan Bhutan yang pertama.
.

2. Jalan ceritanya yang diilhamkan dari satu kisah benar ini amat menghiburkan. Ianya menepati dengan apa yang sering saya sebut sebagai a good story always comes from a very simple and moving story.
.
3. The Cup(1999) telah menerima anugerah The Best Foreign Language Film di Cannes.
.
4. Peliknya The Cup yang dihasilkan oleh sebuah negara miskin seperti Bhutan hanya menggunakan peralatan lama dan kamera yang tidak canggih. Ia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan skrip dan latar atau subject yang dipilihnya. Keseluruhan lokasinya berlaku di sebuah kuil di pinggir pergunungan Himalaya.
.
5. Sinopsis - kisah 2 pelatih sami budha berumur antara 10-14 tahun kerap menyeludup keluar dari kuil pada waktu tengah malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia FIFA 1998 di sebuah kampung berdekatan. Kerana kerap menyelinap keluar mereka berdua selalu mengantuk ketika berada dalam kelas. Satu hari ketika pulang dari menyaksikan perlawanan separuh akhir mereka telah ditangkap oleh warden kuil.Harapan mereka untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1998 terkubur. Namun kerana begitu meminati Ronaldo mereka telah merayu kepada ketua sami agar membenarkan mereka menyewa sebuat set tv bersma dengan piring stelitenya sekali untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di dalam kuil. Ketua Sami yang teringin mengetahui apa itu bola sepak telah membenarkan. Semua sami budha kemudian mengumpul duit untuk menyewa tv. Malangnya ketika beberapa minit sebelum perlawanan akhir Piala Dunia bermula berlaku blackout di kuil.
.
6. The Cup membuktikan skrip dan subject cerita lebih penting daripada peralatan canggih.
.
7. Trailer The Cup boleh di tonton di Youtube.

Comments

2 Responses to “THE CUP”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

dongeng_rakyat said...

Pada saya skrip dan subject adalah sebahagian saja. Sebahagian lagi bergantung kepada kekuatan kefahaman tuan pengarah, kesungguhan kru dan kreativiti tenaga teknikal dan pelakon. Skrip yang bagus di tangan tenaga penerbitan yang tidak bersungguh pun tak berguna.

December 23, 2009 at 6:38 AM
sukahati said...

ceritanya seperti menari....mana boleh dapatkan dvd??

December 27, 2009 at 10:30 PM