PENUKARAN TAJUK DRAMA

Thursday, December 24, 2009


PENGUMUMAN
.
1. Minggu lepas Astro telah meminta saya mencari tajuk lain bagi drama saya AKU TERIMA NIKAHNYA yang sekarang masih sedang shooting.Tajuk itu telah diberi oleh penerbit drama tersebut sebelum ini yang juga adalah syarikat bersekutu kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd yang telah menerbitkan buku AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
.

2. Bagi mengelakkan drama tersebut dikaitkan dengan buku Ustaz Hasrizal, saya cepat menyetujuinya kerana story line drama tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan buku Ustaz Hasrizal apatah lagi saya sendiri belum pernah berkesempatan membacanya buku best seller tersebut.
.

3. Saya telah mencadangkan tajuk baru 'YANG MANA SATU' kepada Astro Oasis.
.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk minta maaf pada Ustaz Hasrizal Abd Jamil jika tajuk drama saya ini telah menimbulkan kekeliruan pada para pembaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA.
.
4. Drama tersebut akan menamatkan shooting pada 26.Dis (Sabtu) ini dengan penglibatan seorang lagi ikon Oasis.

Comments

2 Responses to “PENUKARAN TAJUK DRAMA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

Saya ingat memang Tuan sengaja ambil tajuk ini sebagai daya penarik dari peminat pembaca blog SaifulIslam.com

December 28, 2009 at 10:49 PM

salam. alhamdulillah, dengan tindakan Tuan yg segera ini, segala syak wasangka dapat dibendung. dari syak, timbullah fitnah - nauzubillah. yang penting, kita majukan lagi dakwah dlm mengukuhkan akidah sesama ummah, insyaAllah

-saifulislam fan-

April 8, 2010 at 7:26 PM