SAIPUL BAHRI & CINTA SEMPURNA

Monday, August 10, 2009



1. Untuk drama bersiri sempena Ramadhan, CINTA SEMPURNA, OASIS dan Executive Producer di Astro, En Jamal Ismail memberi sepenuh kebebasan kepada saya sebagai penulis skrip CINTA SEMPURNA untuk memilih dan menentukan siapa Pengarahnya.

2. Saya spontan mencadagkan nama Saipul Bahri Othman sebagai Pengarah.




3. Saya mengambil risiko yang besar bila mencadangkan nama Saipul kerana di Astro tiada siapa yang megenalinya. Tapi saya memilih Saipul kerana sebelum ini dia pernah mengarahkan drama saya QONAAH di RTM. Saya dapat menilai dan mengesan bakat yang ada pada Saipul itu melalui drama itu.

4. Alhamdulillah Saipul berjaya membuktikan keupayaannya mengangkat CINTA SEMPURNA menjadi drama yang baik malah melampaui apa yang diharap dan dijangkakan oleh OASIS.

5. Tahniah juga pada Producernya En Sahid Juri yang sanggup berbelanja besar dan memberikan segala komitmennya bagi menerbitkan dan menjayakan drama 20 episod ini.

6. Pengarah muda seperti Saipul patut diberi lebih peluang untuk membina nama dalam dunia kreatif yang diceburinya.

7. CINTA SEMPURNA akan mula ditayangkan pada 17 Ogos ini jam 3.00 petang iaitu seminggu sebelum Ramadhan dan akan berakhir seminggu sebelum aidilfitri.Ia juga akan diulang tayang pada jam 10.00pm dan 4.30am setiap hari.Pada Sabtu dan Ahad kesemua epiosd yang ditayangkan seminggu sebelum itu turut akan diulang tayang secara marathon.

8. Selamat menonton.

Comments

7 Responses to “SAIPUL BAHRI & CINTA SEMPURNA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

zahidzuhri said...

tak sabar hendak menonton. Tapi apakan daya, di universiti tak mudah untuk menonton astro

August 11, 2009 at 4:43 AM
Anonymous said...

to zahidzuhri - insyallah saya akan usahakan agar setiap episod CINTA SEMPURNA boleh diperolehi dan ditonton di Youtube. Nanti saya bagi tau bila dah ada ye.....tq

August 11, 2009 at 6:12 PM
Zarina said...

Syabas kepada semua tenaga pengerak Cinta Sempurna. Bukan mudah menerbitkan drama/program yang tidak ada unsur-unsur entertainment. Saya rasa pihak Oasis telah bersedia dengan jawapan kepada segala polimik yang mungkin timbul (lihat blog Ustaz Hasrizal, http://saifulislam.com) ; Postnya tentang preview Cinta Sempurna telah dikunjungi lebih dari 7,000 hits. Bukan mudah untuk membuat pembaharuan.

August 12, 2009 at 6:53 AM
hazel said...

assalamualaikum.
saksikan Cinta Sempurna di layarhidayahazel.
syabas saudara zabidi.

August 18, 2009 at 12:20 AM
Anonymous said...

sebuah drama yg menarik..tahniah! tak sbar menunggu hingga ke epsod t'akhr=)...

August 28, 2009 at 8:23 AM
Anonymous said...

sebuah drama yg menarik..tahniah! tak sbar menunggu hingga ke epsod t'akhr=)...

August 28, 2009 at 8:24 AM
Nemo said...

agak tekilan bile x sempat nak tengok cinta sempurna sampai habis because terpaksa masuk college... then bile masuk college, x ada masa nak tgk kt utube..and now dah x ada drama tue kat yotube..

February 5, 2010 at 10:17 PM