-
1. Watak 'Shila' dalam CINTA SEMPURNA pada asalnya ditawarkan pada FAIZURA. Itu permintaan saya pada OASIS dan peneritnya Cerna Media. Tetapi kerana Faizura ketika itu sedang sibuk dengan program realiti ANAK WAYANG di ASTRO maka pelakun lain terpaksa dicari. Saya sedikit kecewa apabila gagal mendapatkan penglibatan Faizura.
-2. Agak sukar mencari watak Shila kerana saya mahukan seorang pelakun yang 'mengada-ngada', egoistik, sceptical dan yang paling utama boleh bercakap dalam bahasa inggeris dengan baik dalam logat atau ascent inggeris.
3. Tengku Tiara kemudiannya telah didapati memenuhi ciri-ciri watak 'Shila' yang saya cari itu.
-
4. Kali pertama bertemu Tengku Tiara yang ditemani ibunya di pejabat penerbitnya Cerna Media Sdn Bhd saya terus berkata dalam hati saya, "Yes, inilah Shila!" walaupun saya belum lagi berbual dengannya ketika itu.
-
5. Gayanya yang secara naturalnya nampak seperti Londoners, egoistik, fashionable, bercakap melayu macam cakap 'om putih' memang sesuai dengan watak Shila yang telah saya reka dalam Cinta Sempurna. Tengku Tiara sebenarnya tidak perlu banyak berlakun untuk mengidupkan watak Shila. Dia hanya perlu membawa dirinya sendiri sahaja dengan sedikit exegeration. Shila telah pun ujud dalam diri Tengku Tiara. Apatah lagi Tengku Tiara pernah bersekolah dan tinggal lama di London.
-
6. Saya telah banyak berbincang dengan Tengku Tiara mengenai apa yang saya mahukan darinya dalam menghidupkan watak Shila. Saya memberi keizinan padanya untuk mengolah lenggok dialoq dalam skrip agar sesuai dengan cara dan gaya 'The egoistic Malay Londoners'. Tengku Tiara seronok bila saya memberi sepenuh kebebasan padanya.
-
7. Semalam Cinta Sempurna telah pun disiarkan di OASIS hingga episod 7. Saya telah menonton hingga episod akhir dan mendapati kejayaan Cinta Sempurna banyak terletak pada lakunan Tengku Tiara. Lakunannya begitu natural hingga Cinta Sempurna nampak begitu real dan penonton boleh 'menyampah' dan 'sakit hati' dengan Shila.
-
8. Terima kasih Tengku Tiara.
Comments
One response to “CINTA SEMPURNA DAN TENGKU TIARA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
she was my school mate
August 28, 2009 at 10:20 PMPost a Comment