CHANNEL CRIME INVESTIGATION NETWORK

Tuesday, August 25, 2009


1. Channel Crime & Investigation Network bagi kawasan Asia Pasifik yang berpengkalan di Singapura kini sedang dalam proses pre pro untuk menerbitkan dokumentari khas selama 1 jam mengenai peristiwa Sauk dan kumpulan Al Maunah yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan negara apabila merompak senjata berat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Grik, Perak.
-
2. Selain saya, bekas Panglima Tentera Darat Datuk Seri (B) General Zaini dan ASP Abdul Razak (VAT 69 PDRM) akan ditemuramah pada awal September nanti.

-

3. Buku tulisan saya Maunah, Kebenaran Yang Sebenar (The Naked Truth) dijadikan rujukan utama dalam pembikinan dokumentari tersebut.



4. Pihak Astro juga bulan lepas telah menyatakan minat untuk membuat dokumentari mengenai kumpulan Al Maunah ini untuk Channel Epik yang bakal mereka ujudkan.

Comments

One response to “CHANNEL CRIME INVESTIGATION NETWORK”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Al Adib said...

great! alhamdulillah.
Moga ramai yang tahu kisah di sebalik kes al-Maunah.
By the way, ana adalah peminat tegar Crime Investigation Channel. Saluran wajib tonton tiap malam

August 25, 2009 at 9:19 PM