1. Pengarah yang mengubah jalan cerita dan merombak skrip sesuka hati tanpa merujuk terlebih dahulu kepada penulis skrip adalah satu mimpi ngeri kepada kebanyakkan penulis skrip. Apatah lagi apabila apa yang dihajati dari skrip tidak diangkat sepertimana yang diharapkan.
.
2. Bukan senang untuk mencari idea atau ilham dalam melahirkan sebuah skrip yang baik.
.
3. Lebih teruk lagi ada pengarah yang merombak skrip tanpa memberitahu penerbitnya. Penerbit hanya mendapat tahu setelah melihat finish productnya sahaja.
.
4. Saya telah beberapa kali mengalami mimpi ngeri ini.
.
5. Drama saya ENGKAU LAKSANA BULAN (RTM) endingnya mengikut skrip ialah babak penyampaian hadiah penghargaan Komandan Maktab Tentera Di Raja kepada Kompeni Bravo kerana berjaya mengutip dana bagi membantu seorang pesakit jantung berlubang. Tapi pengarahnya telah merombak skrip menjadikan endingnya kepada penyampaian hadiah kepada kompeni Bravo kerana memenangi pertandingan berkawat. Saya dan penerbitnya ketika itu begitu terkejut kerana dalam skrip asal tidak ada langsung menyebut tentang pertandingan kawat. Penerbitnya telah menamatkan perkhidmatan pengarah tersebut serta merta tanpa membayar baki bagi khidmatnya. Penerbit telah menggantikannya dengan pengarah lain. 26 babak dalam drama tersebut (1/3 dari keseluruhan drama) terpaksa di re-shot semula dan penerbitnya terpaksa mengeluarkan hampirRM13,000 lagi untuk tujuan tersebut.
.
6. Kerana sikap professional penerbit, ENGKAU LAKSANA BULAN akhirnya telah dicalunkan untuk ANUGERAH SKRIN TV3 2007 mewakili TV2 walaupun tidak memenangi sebarang anugerah kemudiannya.
.
7. Drama saya RESTU MU IBU (RTM) bertemakan kemerdekaan yang telah di terbitkan pada 2007 juga menghadapi masalah yang sama. Drama tersebut mengikut skrip asal adalah sebuah genre drama. Tapi pengarahnya yang juga seorang pelawak veteren terkenal tanahair telah merombak skrip saya menjadikannya sebuah genre semi komedi. Saya cukup kecewa bila menontonnya di kaca tv apabila terdapatnya watak seorang yang mengaku 'YB' dan watak seorang gila di kampung berjalan ke hulu ke hilir berpakaian kemas bertali leher di tengah panas matahari sambil membawa Jalur Gemilang diujudkan dalam drama tersebut. Kedua-dua watak itu sebenarnya tidak ada dalam skrip asal saya.
.
8. Namun saya agak pelik bila diberitahu penerbitnya baru-baru ini drama RESTU MU IBU ini adalah antara drama-drama RTM yang telah berjaya dijual dipasaran antarabangsa. Penerbitnya telah dibayar saguhati oleh RTM kerana kejayaan itu.
.
9. Drama saya PUTERI(RTM) yang mengisahkan hubungan kasih sayang antara seorang kanak-kanak dengan seekor anak gajah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah Pahang juga mengalami keadaan yang sama. Pengarahnya yang merupakan orang lama dalam industri, bekas kakitangan RTM dan kini mengajar perfileman di sebuah kolej swasta terkemuka, juga telah merombak skrip asal saya. Penerbit pada asalnya tidak setuju dengan cadangannya untuk merombak skrip saya tersebut. Tetapi katanya apabila pengarah tersebut mendakwa dia orang lama dan pensyarah dalam bidang skrip di kolejnya maka penerbit akhirnya terpaksa tunduk dengan desakannya itu. Drama tersebut kalau tidak silap saya telah memulakan pengembaraan pada sekitar Jan/Feb 2008 lagi untuk ditayangan sempena cuti semester pertama persekolahan 2008. Tetapi sehingga kini drama tersebut masih belum disiarkan oleh RTM. Saya kemudiannya mendapat tahu pihak RTM telah reject finish product drama tersebut dan penerbit terpaksa mengarahkan pengarah tersebut untuk re shot semula beberapa babak dalam drama tersebut. Penerbitnya rasa kecewa dan kesal kerana telah tunduk kepada desakan pengarah sebelum ini. Berita terakhir saya diberitahu oleh penerbit, drama PUTERI tersebut akan ditayangkan pada hujung tahun ini.
.
10. Yang terbaru drama saya MURABBI(Astro Prima) juga mengalami perkara yang sama. Keputusan Pengarahnya memberi watak-watak utama kepada terlalu ramai pelakun-pelakun baru telah menjadikan cerita itu hambar dan membosankan. Padahal saya telah pun mencadangkan agar pelakun berpengalaman dan mature diambil untuk terlibat dalam drama tersebut. Pelakun-pelakun baru itu hakikatnya bukan berlakun dalam erti kata sebenar tapi lebih banyak menghafal skrip. Ini menjadikan watak mereka tidak natural dan tidak real. Nama-nama seperti Amy Salmiah, Sharifah Aleysha, Sharmaine Shiree dan Siti Fauziah bukan sahaja tidak pernah kita dengar malah ada antara mereka yang tidak pernah berlakun pun. Hujah pengarah, dia mengambil terlalu ramai pelakun baru memegang watak utama berlakun kerana dia mahu memperkenalkan barisan pelakun-pelakun baru. Saya terima hujah itu tapi tidak kepada pemegang watak-watak utama yang menjadi anchor kepada keseluruhan drama tersebut. Saya selitkan gambar-gambar shooting Murabbi di bawah ini.
.
11. Menghasilkan naskah yang baik kadangkala bergantung juga kepada faktor 'nasib'. Sebab itu pada saya untuk melahirkan karya drama yang baik faktor team work dan rasa hormat menghormati sesama golongan pengkarya amat penting agar elemen 'nasib' tidak jadi ukuran kepada kejayaan sesebuah drama.
Comments
3 Responses to “FAKTOR 'NASIB' DALAM PENGHASILAN SEBUAH DRAMA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Salaam..
September 2, 2009 at 10:39 AMbagus entri nih..
tQ bang :-)
Betul...
September 3, 2009 at 6:38 PMDrama saya ada yang dihancurkan oleh pengarah tapi tetap 'hit' atas faktor nasib. Tapi ada juga yang hancur terus...hu..hu...
Biasanya penerbit menghormati skrip tapi pengarah, ada yang 'terperasan terrer' sesuka hati mengubahnya...
salam...sy bekas pelajar (OP) MTD yg pada ketika itu turut serta dan terbabit dalam pembikinan drama Engkau Laksana Bulan,ingin bertanya kpd pihak produsksi filem ini tentang bagaimanakah caranya utk saya melihat dan menonton kembali drama engkau laksana bulan ini...jika ada sebarang website yg mmbolehkan utk sy memuat turun atau dpt menonton secara online drama itu,diharapkan agar pihak yg terlibat dpt memberitahu sy tentang hal tersebut kerana sy ingin melihat kembali keadaan dan memperingati zaman2 sy sewaktu di MTD...terima kasih di ucapkan...
September 5, 2010 at 5:45 AMPost a Comment