1. Banyak komen para penulis skrip mengenai Pertandingan Penulisan Skrip Finas 2008 yang sehingga kini seolah-olah 'berkubur tanpa nisan' yang saya baca dalam http://www. sinemamalaysia.com.my
2. Semua menyatakan tidak puas hati kenapa setelah ditangguhkan tarikh tutup penyertaannya dari September 2008 kepada Disember 2008 sehingga kini tiada keputusan siapa pemenangnya di keluarkan atau majlis di adakan untuk penyampaian hadiah tersebut.
3. Kali terakhir saya ke Finas adalah pada Mac 2009 lalu. Semasa berurusan di kaunter tingkat satu, saya masih nampak timbunan skrip yang dihantar para penulis skrip masih ada diletakkan di atas rak yang dikhaskan. Ketika saya menghantar skrip saya pada 31 Disember 2008 longgokan yang sama tinggi juga yang saya nampak. Sengaja saya hantar pada tarikh-tarikh akhir kerana saya mahu mengetahui berapa jumlah penyertaan yang FINAS terima.
4. FINAS harus bertanggungjawab mengumumkan segera pemenangnya kerana skrip yang telah siap itu sebenarnya boleh dijual oleh peulis skrip kepada mana-mana station tv.Memerapkan skrip-skrip tersebut tanpa ada perancangan atau pengumuman untuk mengistiharkan pemenangnya adalah sikap tidak bertenggungjawab dan tidak profesional FINAS.Apatah lagi antara syarat penyertaan FINAS menetapkan skrip tersebut tidak boleh di jual atau di terbitkan oleh mana-mana station tv.
5. JAKIM yang menganjurkan ANUGERAH MEDIA ISLAM NASIONAL(AMIN)walaupun telah menangguhkan tarikh penyertaan (termasuk kategori skrip) dari Disember 2008 kepada Jun 2009, telah pun membuat pengumuman resmi bahawa majlis penyampaian hadiah AMIN akan diadakan pada 24 Oktober 2009.
6. Di mana ketelusan dan profesionalisme FINAS yang selalu memperjuangkan motto 'tonggak sebuah cerita adalah dari skrip yang baik?'
7. Saya menuntut satu jawapan.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
5 months ago
Comments
One response to “PERTANDINGAN SKRIP FINAS 2008”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
saya sokong...filem/drama Melayu/malaysia masih berbentuk stereotype - cinta, kemasyarakatan & tidak banyak mencabar minda penonton.Tidak banyak kreativiti.Puncanya - tiada skrip yg baik.
August 19, 2009 at 6:06 AMJadi, galakan & dorongan bersifat pertandingan sebegini perlu ditingkatkan. Usaha menarik,melatih & menambah penulis skrip yang baik perlu diperhebatkan.
Saya teringin melihat drama/filem berunsur sejarah & perjuangan patriot negara, terutama ulamak-ulamak & pejuang-pejuang melawan penjajahan, menurut perspektif Malaysia (BUKAN pandangan org luar. Juga filem & penulisan berunsurkan Islami yg sedang hangat mendapat sambutan di pasaran.
Teruskan usaha murni Tuan Zabidi.Tahniah.
Saya sekadar penonton & pendidik je,
p/s: I've read your book on Arqam...lamaaaa dulu.
Post a Comment