ULAMAK MENULIS SKRIP? KENAPA TIDAK?

Wednesday, September 2, 2009


1. Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin pernah menyatakan hasratnya untuk belajar menulis skrip drama. Katanya dia mahu mengetahui dan merasai dahulu apa masalah dalam menghasilkan sebuah karya drama atau filem sebelum dia menegur dan memperbetulkan minda para pengkarya.


2. Saya menyambut baik niat murni Dr Asri tersebut kerana mengasilkan sebuah karya drama atau filem yang baik adalah satu usaha team work. Maksudnya karya yang baik bukan sahaja terletak kepada skrip yang baik semata tapi juga bergantung kepada kreativiti pengarah, kesungguhan production manager, ketelitian prop master, kepekaan audio man, kecekapan assistant director, kerajinan handy man, kekemasan make up artist, kekemasan suntingan editor, keupayaan pelakun menghayati watak dan akhirnya kemampuan kewangan penerbitnya juga.

.


3. Maknanya untuk menjadi seorang penulis skrip yang baik, sekali sekala penulis skrip perlu terjun padang untuk melihat sendiri bagaimana karya mereka diangkat. Dengan cara ini mereka akan tahu kenapa kadangkala karya mereka dapat diangkat dengan baik sesuai dengan apa yang mereka garap pada skrip dan juga kenapa karya mereka kadangkala tidak menjadi seperti mana yang mereka hajati dari skrip.

.


4. Entry saya sebelum ini mengenai 'Faktor Nasib Dalam Penghasilan Sebuah Drama' ada kaitannya.

.


5. Namun dalam program Fenomina Seni di RTM1 selepas kenyataan Dr Asri itu, Faizal Tehrani apabila ditanya oleh pengacaranya Rosyam Nor tentang penglibatan golongan agama dalam pembikinan sebuah drama atau filem berpandangan bahawa golongan agama tidak patut campurtangan dalam dunia kreatif. Hujahnya elok golongan agama menjadi penasihat sahaja.



6. Pada saya ada benarnya pendapat Faizal Tehrani itu pada satu sudut dan pada satu sudut yang lain ada tak benarnya.

.


7. Apa yang benarnya? Ya saya setuju golongan agama terutamanya golongan ulama perlu menjadi penasihat kepada penghasilan sebuah karya drama atau filem. Ini boleh menjadikan sebuah karya drama lebih syariah compliance dan tidak melanggar sempadan aqidah samaada secara sengaja atau tidak sengaja.

.


8. Apa yang tidak benar? Saya rasa golongan agama perlu diberikan ilmu menghasilkan skrip agar kehadiran mereka bukan semata sebagai penasihat tapi terus terjun padang dalam memeriahkan industri drama dan filem.

.


9. Memang ramai ulamak yang boleh menulis buku ilmiah dan novel tapi sepanjang pengetahuan saya golongan ulama yang menulis skrip di Malaysia hanyalah Datuk Hassan Din Al Hafiz bekas Penasihat Agama di Istana Negara.


10. Saya pernah ke rumah Datuk Hassan berbual tentang penghasilan drama dakwah. Datuk Hassan memberitahu saya setakat tahun 2009, 5 karyanya dari skrip yang ditulisnya telah diangkat menjadi drama tv. Antara yang saya ingat tajuknya ialah TAQARRUB (Astro Oasis) dan SUARA DARI KUBUR (Astro Prima). Dramanya SUARA DARI KUBUR mengikut rating telah ditonton oleh lebih 800 ribu penonton. Jumlah ini dianggap cukup besar di Astro.
.


11. Datuk Hassan memberitahu saya dia tidak pernah sekalipun belajar menulis skrip. Dia hanya melihat contoh skrip yang pernah ditulis oleh seorang penulis skrip lain. Saya pernah membaca skrip tulisan Datuk Hassan. Lucu kerana agak lintang pukang dan tidak mengikut format Stan Field atau Final Draft yang banyak digunakan oleh para penulis skrip. Tapi kerana pengarah faham apa yang ditulisnya dan memperbaikinya maka drama tulisan Datuk Hassan akhirnya berjaya diangkat dengan baik menjadi sebuah drama tv. Kalau Datuk Hassan masuk kelas menulis skrip secara formal di FINAS umpamanya, saya yakin skrip dramatulisannya boleh memenangi anugerah.
.


12. Saya berpandangan golongan agama sepert para ulama, intelektual muslim dari kalangan pensyarah pengajian islam di IPT, para ustaz dan ustazah dan para pelajar pengajian islam di IPT patut diberi peluang belajar menulis skrip.
.



13. Sebagai langkah pertama ajak mereka menjadi penasihat pembikinan drama dahulu dari peringkat penulis skrip lagi. Biar mereka edit dialoqnya. Langkah kedua ajak mereka menulis skrip bersama dengan seorang penulis skrip yang berpengalaman. Langkah ketiga biarkan mereka secara solo menulis skrip dengan melantik seorang penulis skrip lain yang berpengalaman menjadi editor dan penasihat skrip pula kepada skrip mereka.
.


14. Skrip Datuk Hassan TAQARRUB adalah skrip dimana saya menjadi editornya. Saya telah merombak skrip Datuk tersebut untuk menjadikannya lebih baik untuk ditonton.
.


15. Mengajar para ulamak menulis skrip adalah antara impian hidup saya walaupun saya bukanlah yang terbaik dalam industri. Kesungguhan Datuk Hassan berdakwah dalam penulisan skrip patut di contohi. Dia yang tidak pernah belajar menulis skrip secara formal pun mampu melahirkan 5 drama setakat ini.
.

16. Saya akan mengajar skrip drama di Galeri Ilmu Sdn Berhad selepas syawal nanti.

.

17. Bayangkan kalau Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan, Datuk Harrussani Mufti Perak dan Datuk Mohd Nur Ghadud Mufti Johor menulis skrip filem genre cinta?

Comments

4 Responses to “ULAMAK MENULIS SKRIP? KENAPA TIDAK?”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Salam,

Setuju ulama menulis, setuju juga kalau jadi penasihat. Setuju ulama mengkritik tapi kritikan dari luar mungkin tak membawa apa-apa makna. Perubahan harus datang dari dalam.

September 3, 2009 at 6:17 PM

Kawan saya ada tonton Faisal Tehrani sebagai tetamu MHI TV3 berkata, dia selama ini terlepas pandang genre drama dan mungkin akan kembali ke asalnya, tulis drama dakwah. Tak pasti drama TV atau pentas yang dimaksudkan.

Dr Maza pula, kalau tak salah, semasa isu GUBRA hangat dahulu
(2006), dia memilih untuk kata "no komen" kepada press atas alasan yng begini lebih kurang dapat saya simpulkan maksudnya, 'lawan filem dengan filem, bukan dengan mulut saja.'

September 3, 2009 at 6:31 PM
anjang said...

saya memang dah lama minat nak belajar tulis skrip, tapi tak tau kat mana, saya rasa banyak bahan yang boleh dijadikan drama yang bersarang dalam kepala ni

September 4, 2009 at 8:51 AM
ummuwafa67 said...

saya bersyukur kerana terbaca blog ini. Kerana selama ini saya tertanya2 , mampukan saya berkarya untuk mengembangkan dakwah dalam filem? dan boleh ke tidak dari sisi agama? sebab ada watak hero dan herion walaupun mereka bertudung. Sekarang ni saya cuba untuk mengadabtasikan novel saya yg bertajuk "Lembayung kasih-Mu" ke drama TV.Tolong beri tunjuk ajar pada saya.

November 18, 2011 at 6:53 AM