1. Mungkin secara 'kebetulan' atau satu 'fenomena' saya tak pasti.
.
2. Tapi pengalaman saya bergaul dengan beberapa artis drama popular memperlihatkan kebanyakkan mereke suka memiliki kenderaan berjenama seperti BMW.Cuma yang peliknya fenomena ini hanya berlaku pada artis wanita tapi tidak pada artis lelaki. Memiliki sebuah kereta mewah BMW seolah-olah sudah jadi matlamat hidup pada kebanyakkan para artis wanita.
.
3. Kalau popular dan kerap muncul dalam drama bersiri memang mereka layak memilikinya. Sebagai penulis skrip saya memang tahu berapa yang dibayar oleh producer kepada artis popular untuk drama saya. Apatah lagi sebagai seorang bekas peguam kadangkala saya turut membantu producer menyediakan Artis Aggreement untuk para pelakun. Dalam aggreement tersebut ada dinyatakan berapa bayaran yang diterima oleh setiap artis.
.
4.Seorang artis wanita popular dari grade A biasanya mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 untuk drama berepisod 30 minit dan RM25oo untuk drama berepisod 1 jam. Maknanya kalau drama 13 episod 30 minit (22-25 hari shooting) mereka menerima bayaran RM1500x 13 = 19,500. Untuk drama 26 episod pula(40-50 hari shooting) mereka menerima RM2500x26 = RM65,000.
.
6. Cuba bayangkan jika mereka terlibat dalam drama 30 atau 40 epiosd 1 jam? Tentunya lebih lumayan.
.
7. Kerana itu kebanyakkan artis suka mencari peluang untuk memegang watak utama dalam drama episod yang panjang.
.
8. Itu market rate terkini dalam industri. Untuk drama telemovie 90 minit pula(9-10 hari shooting), kalau memegang watak protagonist(watak utama) mereka biasanya dibayar sekitar RM7000-RM8000. Saya pernah dengar seorang artis wanita dibayar sebanyak RM12,000 di Astro untuk sebuah tele.Tapi ini adalah kes terpencil dan tidak boleh dijadikan benchmark.
.
9. Dengan mengukur kekerapan seorang artis wanita popular grade A muncul dalam banyak tele dan drama epiosd dalam setahun saya menjangkakan mereka mampu memperolehi pendapatan antara RM1500,000/-RM200,000/ setahun.
.
10. Kerana itu keupayaan seorang artis popular grade A untuk memiliki sebuah BMW memang tidak pelik. Apatah lagi kalau mereka juga seorang pelakun filem dan seorang penyanyi popular yang sentiasa menerima undangan menyanyi dalam majlis-majlis korporat. Mereka biasanya dibayar antara RM5000-RM8000 untuk menyanyikan 3-5 buah lagu. Pendapatan mereka mungkin lebih besar dari apa yang saya nyatakan tadi.Bagi filem pula seorang artis wanita grade A dibayar antara RM60,000-RM100,000.
.
11. Cuma saya agak pelik bilamana artis yang tidak popular dari grade B atau C juga memiliki BMW padahal mereka jarang muncul di kaca tv dan jarang dapat memegang watak utama. Ada diantara mereka yang tinggal di kondominum mewah.Adakah mereka di sponsor oleh individu tertentu? Hanya mereka sahaja yang dapat menjawabnya.
.
12. Harga sebuah kereta BMW bukanlah murah. Sebagai perbandingan BMW 118i baru paling murah dipasaran berharga RM203,800, BMW320i ialah RM236,800, BMW335i Individual ialah RM539,800 dan BMW5251 Sports ialah RM415,800.
.
13 Namun dalam kemewahan kebendeaan dan hidup penuh glamour itu seorang artis wanita popular pernah mengajak saya dan isteri ke apartment mewahnya. Dalam pertemuan 'enam mata' itu dia mengadu hidupnya kosong, tidak tenang dan rumahtangganya berantakkan.
.
14. Itulah kisah sebenar belakang tabir golongan artis yang menganggap memiliki BMW adalah matlamat hidup mereka. BMW dijadikan lambang status dan lambang kemegahan semata.Memiliki BMW sudah jadi satu perlumbaan bagi mereka.