NYAWA PENULIS SKRIP

Sunday, November 15, 2009

1. Menonton tv pada sesetengah orang adalah 'leisure' tapi pada saya adalah 'kerja'.
.
2. Menonton tv adalah sebahagian dari kerja seorang penulis skrip sepenuh masa saperti saya. Bila remote control sudah ada pada tangan, maka saya adalah raja kepada segala raja di dunia. Tiada siapa yang boleh mengganggu. Saya seorang dictator seperti Hitler ketika berada di depan tv. Punya kuasa veto untuk menentukan apa channel yang hendak ditonton. Anak-anak dan isteri tidak berani mengganggu. Kerana itu mereka biasanya akan menonton di bilik lain.
.
3. Namun baru-baru ini akibat hujan lebat beserta dengan ribut petir, tv 'teman hidup' saya itu mengalami kerosakan. Saya menjadi hilang semangat. Kecewa dan putus asa semuanya bercampur. Rasa seperti separuh dari nyawa telah hilang. Terbayang tv ini mungkin terpaksa dibaiki selama seminggu dan selama tempoh itulah saya akan monyok dan bosan di rumah.
.
4. Puas saya pergi ke beberapa buah kedai membaiki peralatan elektrik untuk membaikinya. Tetapi kerana tv saya adalah jenis LCD HD jenama Samsung maka tiada yang mampu membaikinya atas alasan mereka tidak ada kepakaran.
.
5. Akhirnya setelah tiga hari duduk termenung seperti 'ayam berak kapur', saya memaksa diri ke Service Centre Samsung di Petaling Jaya. Di Service Centre tersebut jurutekninya memberitahu tv saya sebenarnya tidak rosak, cuma fuse pada plug/socket yang berharga 12 sen sahaja yang rosak.
.
6. Terasa diri ini dibodohkan dengan sebuah fuse yang hanya berharga 12 sen.

Comments

3 Responses to “NYAWA PENULIS SKRIP”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

t.K.a said...

mungkin lepas ni encik kene bljr membaiki tv plak kot... hehehe...

** 1 yg saye perasan, penulisan dlm blog encik ni mmg lain, sumenye dlm point (1,2,3..), bgs care ni memudahkan pembace lain...

November 15, 2009 at 10:17 AM
WZWY said...

nak buat macam mana kerana kita tidak mahir dalam semua bidang...

November 18, 2009 at 5:10 AM
Anonymous said...

TV dah jadi Tuhan...

May 12, 2011 at 7:25 AM