SARAJEVO

Tuesday, November 24, 2009

1. Peristiwa etnic cleansing ke atas masyarakat islam Bosnia oleh ethnic Serbia pada awal 1990an begitu terkesan pada jiwa umat islam seluruh dunia sehingga ke hari ini.
.
2. Saya juga tidak terkecuali. Mungkin kerana itu saya menangis apabila menonton sebuah filem bertajuk SHOT THROUGH THE HEART(1998) arahan David Attwood. Malah ketika menulis entry ini sebaknya masih terasa menggigit. Apatah lagi filem tersebut adalah diilhamkan dari sebuah kisah benar.
.
3. Sinopsis - ianya mengisahkan dua sahabat baik sejak zaman persekolahan Slavko Simic (etnik Serbia) dan Vlado Selimovic (etnik Bosnia). Tinggal di kampung yang sama mereka berdua membesar banyak menghabiskan masa dengan hobi memburu dan menembak rusa dan arnab liar di hutan. Kerana itu mereka berdua begitu mahir dalam sukan menembak. Kerap mewakili sekolah dalam sukan menembak hingga akhirnya memenangi pingat emas dan perak dalam Sukan Olimpik.
  • Namun perang antara etnik Bosnia dan Serb di Yugoslavia memisahkan mereka.
  • Slavko menjadi pakar sniper dan instructor melatih sniper dari tentera Serbia untuk membunuh penduduk Bosnia tanpa mengira usia ketika Sarajevo di kepung mereka.
  • Vlado bersama isteri dan anak kecilnya terperangkap di Sarajevo. Slavko menawarkan diri pada Vlado untuk menyelamat dan menyeludup Vlado serta keluarganya keluar dari Sarajevo tapi di tolak oleh Vlado.
  • Beratus penduduk islam sarajevo kemudiannya telah mati ditembak oleh para sniper serb. Vlado dapat merasakan ada diantaranya dilakukan sendiri oleh Slavko.
  • Vlado yang juga seorang pakar sniper akhirnya memberanikan dirinya menyeludup ke kawasan kawalan tentera serbia untuk bertemu dengan Slavko. Dalam pertemuan itu Vlado mendesak Slavko agar berhenti membunuh penduduk awam islam bosnia di Sarajevo yang tidak berdosa. Tapi Slavko tegas menyatakan dia menyangi Vlado tapi membenci Islam Bosnia. Slavko merayu pada Vlado agar lari meninggalkan Sarajevo tapi Vlado menyatakan dia akan tinggal di Sarajevo untuk mempertahan penduduk Islam Sarajevo.
  • Vlado kemudian lari ke atas sebuah bukit di mana dia akhirnya telah menggunakan rifle snippernya untuk menembak tepat ke jantung Slavko. Slavko mati serta merta akibat tembakan tersebut.
  • Vlado menangis sambil memeluk rifflenya kerana terpaksa membunuh sahabat karibnya sendiri.

4. Cerita mengenai persahabatan, pengorbanan dan perjuangan seperti ini patut di tonton.

5. Astro di Channel HBO pernah menayangkan filem ini pada sekitar 2003/4 dahulu. Harap Astro dapat menayangkannya semula.

Comments

One response to “SARAJEVO”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Firdaus said...

salaam saudara Zabidi,

Kat mana blh sy dpt kn copy DVD movie ni ? sy dh carik kat speedy,rock corner and video ezy tapi x jmp. trimas.

November 29, 2009 at 10:28 PM