PROGRAM BERITA KHABAR HAJI DI OASIS

Sunday, November 15, 2009

1. Seminggu sebelum berangkat ke Mekah, saya dan Hj Izelan Bashar, Channel Manager di Astro Oasis sempat berbual di surau Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) di Wisma Penyayang Seri Kembangan. Dia sempat memberitahu saya Oasis akan bekerjasama dengan IQRA TV di Arab Saudi untuk mengujudkan rancangan Berita Khas Haji setiap hari mengenai perkhabaran jemaah haji di Mekah pada musim haji kali ini.

2. Saya begitu teruja mendengar apa yang dikatakan oleh Hj Izelan ketika itu. Cemburu pun ada kerana dia dapat ke Mekah untuk melaksanakan satu tugas penyiaran yang murni dan dalam masa yang sama dapat juga mengerjakan haji. Tahun lepas haji Izelan ada ke Mekah untuk tujuan recce bagi merealisasikan rancangan yang diilhamkan dari ideanya ini.

3. Setiap malam jam 9.00-10.00 saya akan berada depan tv untuk menonton KHABAR HAJI di Oasis. Isi kandungannya begitu menarik dan mampu membangkitkan semangat dan kerinduan kepada khalayak penonton menanamkan cita-cita untuk mengerjakan haji.

4. Walaupun di Oasis hanya Hj Izelan dan pembantunya Nor Jannah Salleh sahaja tenaga penggerak yang ada di channel islami tersebut tapi mereka berjaya mengisi dan mengangkat channel Oasis sebagai sebuah channel alternatif kepada khlayak penonton yang mahukan program dan rancangan berbentuk pengisian ilmu dan rohani. Tahniah buat mereka berdua.
.
5. Untuk program KHABAR HAJI ini Hj Izelan dan Nor Jannah Salleh telah dibantu krew penerbitan dari Astro Awani dan krew production Astro.
.

Comments

No response to “PROGRAM BERITA KHABAR HAJI DI OASIS”
Post a Comment | Post Comments (Atom)