'RUPA' DAN 'RASA' SEBUAH BENCANA

Saturday, November 28, 2009

Menteri Komunikasi Dan Penerangan Indonesia, Tifatul Sembring

1. Kenyataan Menteri Komunikasi Dan Penerangan Indonesia, Tifatul Sembring pada akhbar ANTARA yang kemudiannya telah dipetik oleh Assciated Press (AP) sempena Aidul Adha 27 November baru-baru ini cukup menarik perhatian saya.


2. Tifatul Sembring dalam satu mesyuarat selepas solat Aidul Adha di bandar Padang telah mengaitkan bencana gempa bumi di Indonesia dengan rendahnya tahap moral penduduk Indonesia di mana dia telah dipetik sebagai berkata "Siaran program television yang memusnahkan nilai moral di negara ini memang banyak dan sebab itu bencana akan terus berlaku"


3. Kenyataan Tifatul Sembring ini walau bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan mangsa bencana gempa bumi di Padang yang menyaksikan hampir 1000 nyawa penduduk tempatannya telah terkorban.


4. Kita patut mengambil ikhtibar dengan bencana alam yang banyak berlaku di Indonesia dan kata-kata Tifatul Sembring tidak boleh diambil ringan.


5. Menterinya sendiri sudah mengakui bagaimana banyaknya program-program tv di Indonesia telah merendahkan nilai moral masyarakatnya sendiri. Tapi steseyen-steseyen tv kita di Malaysia masih terus kemaruk untuk mengimport program drama indonesia malah ada yang sanggup mencedok skrip drama Indonesia dan menukar skripnya ke dalam bahasa malaysia untuk dilakunkan oleh para pelakun kita dia Malaysia.
.
6. Allah berhak menghukum kita dengan 'rupa' dan 'rasa' yang berbeza. Tak semestinya dengan hanya sebuah gempa bumi.
.
7. Sampai bilakah kita harus 'membenamkan' nilai-nilai merosakkan dalam drama-drama Indonesia pada khalayak penonton kita?

Comments

One response to “'RUPA' DAN 'RASA' SEBUAH BENCANA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

birudamai said...

Salam Tuan. Saya setuju dengan Tuan.Lgpun kita tak mati la klu tak tengok cerita Indon!

March 23, 2010 at 7:46 AM