RADIO INDONESIA

Monday, November 16, 2009

1. Saya telah dihubungi oleh sebuah radio swasta Indonesia kelmarin yang katanya mahu menemuramah saya berkait dengan isu-isu semasa yang hangat kebelakangan ini antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

2. Bimbang terkena 'Panggilan Hangit' Hot FM, saya bertanya bagaimana mereka memperolehi nombor handphone saya?

3. Bila diberitahu mereka memperolehinya dari seorang wartawan The Star baru saya percaya mereka tidak bergurau.

4. Namun kerana mengetahui sikap prejudis media Indonesia terhadap Malaysia saya terpaksa menolak permintaan radio tersebut kerana tidak mahu kenyataan saya nanti bakal di manupilasikan dan diputar belitkan untuk kepentingan mereka atau pihak-pihak yang berkepentingan di Indonesia.

Comments

No response to “RADIO INDONESIA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)