MAD'U DAKWAH (2)

Monday, November 23, 2009

Datuk Hassan Din Al Hafiz
.
1. Para pelajar Pengajian Islam di IPT dan para pendakwah patut belajar dari semangat dan kesungguhan Datuk Hassan Din Al Hafiz dalam penulisan skrip.
.
2. Datuk tidak pernah belajar menulis skrip. Dia hanya mengambil beberapa contoh skrip, mengkajinya dan berusaha menulis skrip berdasarkan contoh skrip yang diperolehinya. Itu yang diceritakan pada saya ketika saya mengunjungi rumahnya setahun yang lepas.
.
3. Katanya 5 buah drama hasil dari skrip yang ditulisnya telah pun ditayangkan di kaca tv.
.
4. 3 darinya telah ditayangkan di Astro iaitu 2 di Astro Oasis dan 1 di Astro Prima.Dramanya TAQARRUB di Oasis mengikut rating AC Nielson telah ditonton hampir 100 ribu penonton. Ini dianggap menggalakkan bagi Astro Oasis. Dramanya di Astro Prima SUARA DARI KUBUR telah ditonton lebih dari 800 ribu penonton dan bagi Astro Prima ini dianggap jumlah yang besar.
.
5. Menurut Datuk dia mempunyai beberapa skrip lagi untuk dijual kepada mana-mana penerbit drama yang berminat.
.
6. Selain Datuk Hassan Din Al Hafiz, Nazli Jaafar (Che Li) seorang penulis skrip tersohor juga adalah lulusan agama. Nazli Jaafar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya dan juga mempunyai Ijazah Sarjana dari universiti yang sama.Nazli Jaafar pernah menang anugerah skrip terbaik di Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin TV3.Terkini dramanya BICARA AUR DENGAN TEBING telah memenangi hadiah drama berantai terbaik di International Drama Festival 2009 di Tokyo.
.
7. Satu lagi tokoh agama yang juga kerap menulis skrip satu masa dahulu ialah Datuk Haji Dasuki Haji Ahmad. Karyanya banyak disiarkan di RTM.
.
8. Pelajar lulusan agama harus mencuba nasib menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip. Industri drama kita kekurangan penulis skrip drama apatah lagi untuk genre dakwah.
.
9. Mad'u dakwah akan lebih luas jika platform drama digunakan dalam usaha dakwah.
.
10. Saya pernah hadir dalam satu ceramah Datuk Hassan Din Al Hafiz ketika dia diundang berceramah di surau berdekatan dengan rumah saya. Sekitar 50-60 jemaah sahaja yang hadir.Tapi 'ceramah' melalui cerita dalam dramanya di hayati oleh lebih dari 800 ribu penonton.
.
11. Bayangkan kalau kita boleh lahirkan 10 orang lagi penulis skrip dari kalangan orang berkelulusan agama seperti Datuk Hassan Din Al Hafiz dan Nazli Jaafar. Jika setiap dari mereka boleh melahirkan 3 skrip drama bermakna setahun kita akan ada 30 drama genre dakwah untuk dihidangkan kepada khalayak penonton kita.
.
12. Usaha untuk melahirkan lebih ramai penulis skrip drama genre islam dari penulis skrip berpendidikan dan berkelulusan agama perlu mendapatkan sokongan semua pihak.
.
13. JAKIM dan NGO Islam patut terlibat secara langsung dalam usaha ini.
.
14. Saya seorang diri tentunya tidak akan mempu melakukannya. Usaha ini adalah usaha 'team work' (berjemaah) dan perlu kepada satu 'gerakan' dalam menjayakan usaha melahirkan lebih ramai penulis skrip drama genre dakwah ini.

Comments

One response to “MAD'U DAKWAH (2)”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

MKriza said...

Saya bersetuju dengan pandangan tuan. Lulusan agama patut menyebarkan dakwah melalui pelbagai cara.

Semalam, saya menonton drama Salam terakhir. Lakonan Rosyam Nor dan skrip Sharifah Abu Salem. Saya teliti, ceritanya tidak memerlukan banyak lokasi. Hanya berlegar di dalam rumah sahaja. Namun kisahnya begitu meruntun hati.

Saya rasa inilah skrip yang cerdik. Skrip yang mengurangkan kos penerbit tanpa menjejaskan kualiti cerita.

November 23, 2009 at 6:02 PM