KURSUS PENULISAN SKRIP

Sunday, November 8, 2009

1. 7.November (Sabtu) lepas saya telah mengadakan kelas penulisan skrip drama kepada 18 peserta yang berminat menjadi penulis skrip drama tv berunsur islam. Ada diantara mereka merupakan pensyarah universiti, wartawan, pendakwah bebas dan penulis novel.
.
2. Kelas yang dianjurkan oleh Layar Consult Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan tv itu bermula dari jam 9.00am hingga 5.00 petang. Kursus ini tidak diiklankan kerana ianya dibuat atas dasar jemputan khas sahaja.
.
3. Saya nyatakan pada para peserta bahawa tidak ada istilah 'skrip islam' seperti mana yang biasa disebut-sebut oleh sesetengah pihak. Ini kerana pada pandangan saya ilmu menulis skrip adalah 'ilmu alat'. Kerana itu kita boleh malah patut belajar bagaimana menulis skrip ikut cara atau gaya mana-mana negara yang jauh lebih lebih advance.
.
4. Yang perlu ditekankan dalam penulisan skrip pada pandangan saya adalah bagaimana mengangkat akhlaq, mesej islam dan mesej universal yang diterima islam dalam setiap karya yang dihasilkan.
.
5. Saya banyak menayangkan pada peserta contoh-contoh filem Barat, Iran, India, Korea dan drama-drama tempatan untuk memudahkan mereka faham apa yang dinamakan 'The Movie Stucture', juga apa yang dikatakan dialoque through exposition, dialoque through character, dialoque sub-text dan dialoque humor.
.
6. Kursus akan disambung lagi pada 14 dan 21.November ini.
.
7. Kesemua peserta akan dibimbing oleh saya selama setahun bagi memastikan mereka mampu melahirkan skrip drama berunsur islam yang baik untuk dibekalkan kepada station-station tv yang berminat dengan drama berunsur islam.

Comments

6 Responses to “KURSUS PENULISAN SKRIP”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

Salam Tuan,
Apakah saya boleh menyertai bengkel yang akan datang?

Berapakah bayarannya?

Dimanakah bengkel ini dijalankan?

November 8, 2009 at 4:35 PM
zabidi mohamed said...

zabidi mohamed

Kursus untuk kumpulan ke 2 bergantung kepada pihak penganjur. Nanti akan saya maklumkan dalam blog ini dari semasa ke semasa.

venue bengkel di pejabat Galeri Ilmu Sdn Bhd di Kota Damansara, Petaling Jaya.

November 8, 2009 at 9:07 PM
Ajami Hashim said...

Salaam incik Zabidi,

next kursus saya nak join boleh? :-)

tahniah kerana anjurkan kursus sebegini ;-)

November 8, 2009 at 11:08 PM
FreesiaStar said...

Salam En. Zabidi,

Saya berminat untuk mengikuti kursus akan datang. Berapa bayaran?, Tarikh? Lokasi? Appreciate if u could e-mail details

December 29, 2009 at 11:35 PM
Rosmawati said...

Salam Us. Zabidi,

saya mmg meminati gaya penulisan skrip yang dibawa oleh ustaz. Saya harap boleh berguru dengan ustaz nanti melalui bengkel penulisan skrip. Plz let me know any updates ya.

January 6, 2010 at 5:28 AM
IlyTrolak said...

Salam,

Saya juga berminat untuk menyertai kursus penulisan skrip ini. Harap dapat hubungi saya.

January 23, 2010 at 9:04 AM