KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH AMIN KALI KE-3

Wednesday, October 7, 2009

ANAK Allahyarham Yusoff Zaky, Nasir (kiri) menerima anugerah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Putrajaya, malam tadi.

Petikan akhbar Berita Harian 8.Okt.2009 (hari ini)

PUTRAJAYA: Drama Ihsan yang mendapat sambutan menggalakkan ketika disiarkan TV3 baru-baru ini muncul pemenang utama kategori Anugerah Penerbitan TV sempena Malam Anugerah Media Islam Negara 2009 (AMIN2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi. Drama terbitan Layar Consult Sdn Bhd itu memenangi kategori Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik (Zabidi Mohamed), Pengarah Terbaik (Murali Abdullah) dan Pelakon Wanita Terbaik (Kartina Aziz). Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yacob dipilih penerima tunggal Anugerah Perdana AMIN2009.
.
Note : Satu lagi karya Zabidi Mohamed, KALIGRAFI CINTA (RTM2) terbitan TAS juga telah dinobatkan Anugerah Khas Juri pada majlis yang sama.
.
p/s - Rakaman Malam Anugerah Media Islam Negara 2009 akan disiarkan di TV1 pada 18.Okt 2009 (Ahad) jam 3.30ptg.

Comments

One response to “KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH AMIN KALI KE-3”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

louisebah said...

wah, tahniah Zabidi! Another award under your wings!

October 7, 2009 at 6:19 PM