GAMBAR TEMURAMAH DI RTM

Monday, October 5, 2009


1. Sejak Jun 2009 lagi RTM telah beberapa kali menghubungi saya untuk satu sessi temuramah mengenai isu ajaran sesat di Malaysia. Kali ini mereka mahu mendapatkan pandangan saya mengenai isu ajaran Rasul Melayu dan sebab musabab kenapa masyarakat melayu mudah sangat terjerat dalam ajaran sesat.
.
2. Namun akibat kesibukan dan jadual kerja yang ketat, saya hanya dapat meluangkan masa semalam (5.Okt) untuk temuramah bersama krew penerbitan RTM bagi tujuan tersebut. Ini bukanlah kali pertama saya di temuramah oleh RTM untuk tujuan yang sama.
.
3. Saya telah mencadangkan dalam temuramah tersebut agar kesesatan dan penyelewengan masyarakat islam dalam amalan agama mereka di 'visualisekan' pada masyarakat seperti mana amalan sesat ajaran Ayah Pin dulu pernah dipaparkan dalam kaca tv. Itu lebih berkesan dari ceramah.

Comments

No response to “GAMBAR TEMURAMAH DI RTM”
Post a Comment | Post Comments (Atom)