KABUS DI BALIK BAYU

Wednesday, September 9, 2009


MARSHA & FELIX



1. Saya baru sahaja selesai menulis skrip telemovie bertajuk KABUS DI BALIK BAYU untuk siaran di RTM.


2. Saya mendapat idea story line drama ini ketika berkunjung ke Kundansang Sabah pada April 2009 baru-baru ini. Ketika di sana saya berkesempatan melawat Kundasang War Memorial yang dibina oleh kerajaan Australia bagi mengenang The Sandakan-Ranau Death March yang berlaku semasa WWII.


3. Sinopsis - mengenai Catherine seorang anak expatriate di Kuala Lumpur berasal dari Australia datang ke Sabah untuk menjejaki The Death March dimana datuknya seorang tentera Australia semasa WWII adalah antara 6 orang yang terselamat daripada 800 tentera Australia yang dipaksa tentera Jepun berjalan kaki sejauh 200 kilometer dari Sandakan ke sebuah penjara di Kundasang (Ranau). Namun ketika Catherine berada di Kundasang kedatangannya yang dibawa oleh Felix tidak di sukai oleh Marsha yang anti barat. Marsha anak tempatan Kadazan Dusun tidak setuju buku sejarah barat menulis Sir Hugh Low sebagai orang pertama menawan puncak Gunung Kinabalu. Pada Marsha anak tempatan kadazan dusun Gunting Anak Ligadan yang menjadi tour guide kepada Sir Hugh Low adalah orang pertama yang menawan puncak Kinabalu. Catherine mempertahankan buku sejarah yang dibacanya. Marsha yang bekerja sebagai tour guide di Kianabalu Park juga mendakwa orang yang pertama menawan puncak Everest adalah sherpa bernama Tenzin yang menemankan Sir Edmund Hillary mendaki puncak Everest. Sir Edmund Hillary dakwa Marsha lagi telah membohongi sejarah dengan mendakwa dia yang pertama menawan puncak Everest. Tragedi berlaku apabila Marsha mencabar Catherine mendaki puncak Kinabalu tanpa bantuan porter (sherpa).


4. Saya telah merujuk dan membaca buku setebal 483 mukasurat SANDAKAN A CONSPIRACY OF SILENCE tulisan Lynette Ramsay Silver dalam usaha menulis skrip drama ini. Tidak rugi membacanya kerana saya dapat lebih banyak maklumat mengenai latarbelakang The Death March tersebut.




5. Ketika saya bentangkan story line drama ini pada panel penilai RTM, mereka agak terkejut kerana cerita saya ini hanya mempunyai 3 orang pelakun utama sahaja. Kata mereka tak pernah sebelum ini mereka berjumpa dengan sebuah drama yang hanya ada 3 orang pelakun utama. Saya mempertahankan konsep jalan ceritanya kerana ia melibatkan intelektual discourse yang menarik dan unik untuk dipaparkan. Mereka setuju dengan pandangan saya tersebut.


6. Shooting mungkin akan dimulakan tiga empat hari selepas raya dan saya telah mencadangkan barisan pelakunnya kepada penerbitnya Immortale Creative iaitu satu-satunya penerbit dari Sabah yang berdaftar dengan RTM.

7. Untuk watak Catherine 2 pelakun telah disenarai pendek iaitu : Rima Melati atau Julia Ziegler. Untuk watak Marsha - Marsha Londoh (AF3) dan watak Felix - Felix (AF3)

Comments

2 Responses to “KABUS DI BALIK BAYU”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

farah said...

assalamualaikum ustaz,

saya tertarik dengan drama ini, walaubagaimanapun komen saya adalah berkisar entri ini.

saya kurang senang dengan pemilihan gambar pelakon yang ustaz tampilkan di entri ini, pada pendapat saya, "mendedahkan".

seperti mana ustaz mempunyai peluang untuk memilih dan mengedit skrip supaya menjadi yg terbaik, maka saya juga rasa ustaz boleh memilih untuk memaparkan yang terbaik dalam entri ustaz.

Wallahua'lam

September 14, 2009 at 10:02 PM
zabidi ohamed said...

terima kasih atas teguran. saya telah ubah gambar berkaitan.

September 22, 2009 at 5:33 PM