THE UGLY TRUTH

Thursday, September 10, 2009




1. Sejak zaman Presiden Soekarno lagi Indonesia telah kerap mendakwa lagu kebangsaan Malaysia "Negara Ku" telah meniru bulat-bulat melodi lagu "Terang Bulan" karya seorang warga Indonesia yang tidak diketahui namanya.


2. Cuba dengar video diatas.


3. Agak sukar untuk kita mengia atau menafikan dakwaan Indonesia itu.


4. Apa sikap kita dalam isu ini?


5. Ketika sebuah kapalterbang komersial Korea Selatan ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Sukhoi Soviet Union pada 1979 dahulu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh masyarakat dunia mengutuk tindakan kejam Soviet Union tersebut. Namun Presidennya ketika itu, Leonid Brezhnev mengguna pakai kaedah "The Rules Of Hundred Days". Ikut keyakinan Brezhnev selepas 100 hari dunia akan melupakan peristiwa itu. Ada benarnya kata Brezhnev. Kini peristiwa itu hanya menjadi satu catatan nota kaki pada satu mukasurat buku sejarah sahaja.


6. Adakah kita akan mengambil kaedah Brezhnev itu?


7. Lagu popular 'Happy Birthday To You' juga dikatakan telah diambil melodinya dari lagu 'Good Morning To All' ciptaan dua beradik guru tadika di Kentucky Amerika Syarikat Patty Hill dan Mildred J.Hill pada 1893. Mereka telah mencipta lagu itu untuk anak-anak murid tadika mereka. Namun pada 1935 sebuah syarikat The Summy Company telah mendaftarkan copyright lagu Happy Birthday To You tersebut atas nama Preston Ware Orem dan Mrs R.R Forman. Namun selepas itu ada pula yang mendakwa lagu asal ciptaan Patty Hill dan Mildred J Hill itu sebenarnya juga telah meniru melodi lagu lain yang telah ujud sebelum 1893 lagi. Sehingga tahun 2008 isu copyright lagu 'Happy Birthday To You' tersebut masih lagi menjadi perbincangan akademik berkait isu perundangan copyright di Amerika.


8. Sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai Malaysia dan Indonesia tentunya mahu perkara ini dapat diselesaikan dengan semangat ukhwah islamiah juga. Ini hanya isu lama yang didendangkan semula. Presiden Soekarno ketika hidupnya pun sudah tidak mahu mengungkit isu lagu 'Terang Bulan' ini lagi.


9. Cara segelintir rakyat Indonesia yang 'terlebih emosional' dan golongan 'pendek akal' di Jakarta melakukan 'Sweeping Malaysian' dengan buloh runcing kerana memprotes penggunaan visual tarian pendet Bali yang terdapat dalam videoclip pelancungan terbitan Discovery Channel bukanlah cara 'orang cerdik' masyarakat bijak pandai dan bertamadun bertindak.


10. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik agar isu ini dapat di redakan (kalaupun tidak dapat diselesaikan) dengan cara yang lebih bertamadun bukan dengan mengikut rentak kaki para demonstrasi jalanan yang 'pendek akal' menyalak bukit melepaskan geram emosi yang tak bertempat.


11. Atau kita mengguna pakai kaedah Brezhnev "The Rules Of Hundred Days"?

12. Namun bagamaimana pula dengan tarian poco-poco yang kini popular dan dijadikan lagu resmi senam robik anjuran kerajaan negeri Johor? Melodi dan lirik lagunya diambil bulat-bulat.

Comments

One response to “THE UGLY TRUTH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

sapitque said...

bukan yg tak sedar lagu ini asal dari dinyanyikan oleh seorang artis lama inggeris.. sekitar tahun 1930an.. diambil oleh kerajaan negeri perak dan seterusnya dicadangkan menjadi lagu rasmi kebangsaan.. isu ni da basi.. tapi tu la, seperti yg saudara katakan.. org yang pendek akal saja membangkit2kan balik isu ini.. dilihat disini.. media tempatan indonesia yg beria-ria.. spt tiada lagi isu lain nak di hebahkan..

September 29, 2009 at 12:31 AM