KALIGRAFI CINTA

Tuesday, September 15, 2009

1. JAKIM yang bakal menganjurkan majlis Anugerah Media Islam Nasional (AMIN) kali ke 3 pada 7.Oktober 2009 ini telah menalipon saya semalam untuk memaklumkan dua drama saya IHSAN (TV3) dan KALIGRAFI CINTA (TV2) telah disenarai pendekkan untuk merebut beberapa kategori yang dipertandingkan.

2. Walaupun ramai yang memberi harapan kepada IHSAN tetapi saya secara peribadi lebih memberi harapan kepada KALIGRAFI CINTA.

3. Walaupun IHSAN jauh lebih baik dari KALIGRAFI CINTA tetapi dari sudut tema dan mesej KALIGRAFI CINTA mempunyai keunikan dan pemikiran yang terdapat dalam naskah skripnya.

4.Sinopsis - kisah Ustaz Sufi yang mengajar tulisan jawi di kampung telah dihalau dari kampung apabila difitnah Burhan yang cemburukan tunangnya rapat dengan ustaz Sufi. Sejak ketiadaan ustaz Sufi tiada siapa yang mengajar tulisan jawi kepada anak-anak muda di kampung. 30 tahun kemudian Burhan yang kini seorang tokoh korporat bergelar Datuk telah melibatkan diri dalam program Semarak Jawi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Tujuannya hanya satu, yakni untuk menebus dosanya kerana menghalau dan menfitnah ustaz Sufi dahulu. Datuk Burhan kesal kerana perbuatannya itu, tiada seorang pun dari kalangan penduduk kampungnya pandai menulis jawi apatah lagi menulis kaligrafi. Satu hari sempena harijadinya Datuk Burhan telah dihadiahkan anaknya dengan satu lukisan kaligrafi yang tercatat nama ustaz Sufi pada framenya. Datuk Burhan mencari Ustaz Sufi untuk meminta maaf tanpa mengetahui setiausaha barunya di pejabat adalah anak ustaz Sufi.

5. Dalam satu babak dalam drama KALIGRAFI CINTA ini ada disebut "Orang China dan India mewajibkan jenerasi muda mereka menulis dalam tulisan china dan tamil tetapi orang melayu terus melupakan tulisan jawi. Jawi sudah hilang dalam diri mereka." dan dialoq yang menyebut "Seperti mana kita mempertahankan agama kita, tulisan jawi juga mesti kita perjuang dan pertahankan".

6. Kritik sosialnya cukup besar berbanding dengan IHSAN yang pada saya hanya sekadar satu kisah masyarakat melayu semata. Mesej dan temanya juga agak klishe.

7. KALIGRAFI CINTA terbitan Television Airtime Services (TAS) dan telah diarahkan oleh Jet Li dilakunkan oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Roslan Salleh dan Mubarak Majid. Ada satu scene dimana saya hadir dalam babak di mana Datuk Jalaludin Hassan yang memegang watak Datuk Burhan menangis apabila terbaca nama ustaz Sufi pada frame kaligrafi yang dihadiahkan anaknya. Untuk scene ini saya telah 'memaksa' Datuk Jalaluddin Hassan mengulangi lakonannya kerana saya mahukan yang terbaik dari lakonannya. Datuk Jalaluddin Hassan banyak membantu menaikkan mood cerita ini. Saya meramal dan mengharap Datuk Jalaludin Hassan akan memenangi kategori Pelakun Lelaki Terbaik dalam AMIN nanti. InsyaAllah.

8. KALIGRAFI CINTA bukan yang terbaik tapi ianya satu usaha saya untuk mengangkat mesej betapa tulisan jawi mesti dimartabatkan kembali agar ianya subur dalam jiwa anak muda sekarang dan jenerasi akan datang. Program Semarak Jawi (DBP) sahaja tidak cukup untuk perjuangan ini malah masyarakat dan golongan korporat harus terlibat sama untuk menyemarakkan tulisan jawi ini.

Comments

3 Responses to “KALIGRAFI CINTA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Anonymous said...

Salam,
Abang Zabidi,

Bukan Time Television Services...

Television Airtime Services Sdn Bhd.
Ya, mesej dan kritikan sosial dalam telemovie ini amat mendalam.
Saya harap telemovie ini menang.

Salam Aidilfitri.

-aliff-

September 17, 2009 at 12:07 PM
Anonymous said...

opss...maafkan saya..saya qoute tulisan abang pun salah juga.. tapi yang penting nama penerbit itu betul.

-aliff-

September 17, 2009 at 12:11 PM
sapitque said...

salam saudara Zabidi, saya tertarik dengan tajuk drama Kaligrafi Cinta saudara, terkejut juga sebab saya bersama rakan mencipta lagu yg juga bertajuk Kaligrafi Cinta, jika saudara ada kelapangan, kunjungi blog sy di http://sapitque.blog.friendster.com/2007/03/kaligrafi-cinta/ dan untuk mendengar.. saudara muatturun sahaja di alamat ini http://www.sapitque.com/mp3/kaligrafi.mp3
lagu ini menceritakan kisah perjalanan cinta.. genre classic dan di 'mix'kan dengan rnb&rap.. sesuai untuk remaja..

lagu direkod untuk simpanan peribadi.. maklum la.. kisah dalam tu pun kisah peribadi.. tapi mungkin boleh diterima umum..

sekadar berkongsi cerita..
=]

salam..~

September 28, 2009 at 2:09 PM