1. Sejak seminggu dua ini berita Fauziah Ahmad Daud (Ogy) kerap tersiar dalam akhbar harian dan tabloid.
2. Ogy banyak bercerita tentang jodohnya, anak angkatnya dan juga menyentuh tentang perkembangan aktiviti kariernya. Dia kini sedang sibuk menerbit dan mengarahkan beberapa buah drama dan antaranya adalah sebuah telemovie bertajuk TERSUNGKUR DIPINTU SYURGA (TDPS) untuk siaran di Astro.
3. Ramai bertanya pada saya adakah TDPS itu diilhamkan dari buku pertama saya?
4. Ogy ada bertemu dengan saya pada Mac 2009 lepas menawarkan pada saya untuk menulis skrip drama TDPS tersebut. Namun kerana jadual saya yang terlalu ketat, saya terpaksa menolaknya. Ogy kemudian meminta izin dari saya untuk menggunakan tajuk TDPS tersebut dan saya membenarkannya.
5. Cerita TDPS Ogy berbeza dan tak sama dengan buku tulisan saya. Hanya tajuknya sahaja yang diambil.
Comments
One response to “TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Salam. Kenapa hanya tajuknya digunakan untuk judul drama Ogy itu sedangkan isi buku itu sendiri kan bagus untuk dijadikan bahan cerita. Walaupun banyak restriksinya, saya fikir kalau difikirkan betul-betul, masih boleh dijadikan cerita.
September 13, 2009 at 6:49 PMPost a Comment