EMAIL DARI ANKARA

Friday, September 4, 2009

Kamal Atartuk

1. Drama saya EMAIL DARI ANKARA yang sepatutnya disiarkan sempena AidilFitri 2008 akhirnya akan disiarkan pada 11 Sept 2009 ini jam 8.30 malam di RTM2.
.

2. Agak terkilan juga saya kerana tarikh dan masa yang dipilih adalah masa di mana kebanyakkan umat islam sedang berada di surau dan masjid untuk mengerjakan solat isyak dan ibadah terawikh.
.

3. Saya begitu berharap drama ini akan diulang tayang pada syawal nanti.
.

4. Drama terbitan NHF Production Sdn Bhd ini telah dibuat dengan kerjasama Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Beberapa orang warga turki dari kalangan kakitangan kedutaan Turki dan kakitangan Turkish Airways di Kuala Lumpur telah dilibatkan sama dalam drama ini. Kerana itu 30% dialoq dalam drama ini adalah dalam bahasa turki.
.
5. Saya begitu teruja menanti tayangan drama ini kerana ianya cuba membawa kelainan dalam mesej dan tema raya yang biasa dan pernah kita tonton di kaca tv sebelum ini.
.
6. Dialoqnya banyak menyentuh mengenai kejatuhan empayar turki othmaniah, kemunculan sekularisme dan kebangkitan islam di Malaysia. Isu mengenai usaha Turki beria-ia mahu menganggotai Kesatuan Eropah (EU) tapi di tolak barat, namun sebaliknya barat menerima Turki dalam NATO juga ada disentuh.


7. Sinopsis - Zeinab (gambar atas) anak kepada satu keluarga hartawan di Ankara akibat berselisif faham dengan ayahnya yang menyokong mazhab sekularisme turki dan mahu memaksanya berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga telah lari dari rumah. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kelas bahasa inggeris yang di anjurkan oleh pihak British Council di jalan Ampang. Di situ dia berkenalan dengan seorang wanita melayu pelajar IPT, Fatihah (Nur Faizura) yang juga belajar bahasa inggeris di situ. Zeinab sepanjang di Kuala Lumpur tinggal dengan bapa saudaranya yang memiliki sebuah restaurant Turki dan secara sambilan bekerja sebagai tour guide di Turkish Airways. Ketika di Turkish Airways, Zeineb telah bertemu dengan seorang pensyarah IPT, Adib (Razali Hussein) yang bercadang untuk ke Turki bagi menyelesaikan kajian/thesis peringkat sarjananya mengenai kehebatan empayar Othmaniah. Tapi Zeineb tidak menggalakkan Adib ke Turki kerana padanya apa yang ada di Turki moden kini hanyalah satu peninggalan kejatuhan sebuah empayar. Zeineb memberitahu Adib dia memilih untuk datang ke Malaysia kerana dia nampak amalan Islam di Malaysia jauh lebih baik dari Turki. Adib kemudian mengajak Zeineb beraya di kampungnya di Kedah. Adib mahu Zeineb melihat erti 'kehidupan' dan 'kasih sayang' dari tingkap orang melayu di tengah sawah bendang. Zeineb walau bagaimanapun tidak tahu Fatihah sebenarnya adalah tunang Adib. Tanpa pengetahuan Zeineb keluarganya di Ankara sebenarnya telah menghantar seorang penyiasat persendirian Mahmud Belici untuk mencari dan memujuk Zeineb pulang kepangkuan keluarganya di Ankara. Mahmud Belici telah berpakat dengan Adib dan Fatihah untuk membantunya.


8. Selamat menonton.

Comments

One response to “EMAIL DARI ANKARA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

anjang said...

zabidi banyak benda yang boleh dikupas bagaimana peranan freemason dalam menjatuhkam empayar othmaniah, aku pun baru paham setelah habis membaca buku sejarah turki dan peranan freemason

September 4, 2009 at 8:48 AM