OTAK PENULIS SKRIP

Friday, December 18, 2009


1. Tidak pernah kita dengar seorang doktor atau saintis menjadikan pengarahan filem/drama dan penulisan skrip sebagai profession mereka. Tapi kita biasa dengar seorang peguam seperti saya sebagai contohnya, menjadi penulis skrip. Malah di barat ramai peguam di sana bertukar profession menjadi pengarah dan penulis skrip.
.
2. Kenapa berlaku begitu?
.
3. Ianya ada kaitan dengan peranan otak kiri dan otak kanan yang kita miliki.
.
4. Roger Sperry dan Robert Orntein, pengkaji-pengkaji dari Institut Teknologi California yang telah memenangi hadiah Nobel mengemukakan bahawa otak kita boleh dibahagikan kepada hemisfera kiri dan kanan. Hemisfera-hemisfera ini lebih popular digelar sebagai otak kiri dan otak kanan.
.
.
5. Secara umumnya, bahagian kiri otak memainkan peranan utama dalam pemprosesan bahasa, logik-matematik dan menyusun pembelajaran dalam urutan yang bermakna. Sebaliknya, bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada ritma, muzik, visual, khayalan dan lain-lain yang tergolong dalam aktiviti kreatif.
.
6. Persoalan yang mungkin timbul ialah : otak manakah (kanan atau kiri) yang lebih penting?
.
7. Sebenarnya kedua-dua otak kanan dan kiri adalah sama penting. Walaupun kedua-dua hemisfera mendominasi aktiviti tertentu, kedua-duanya terlibat di dalam pemikiran dan pentafsiran maklumat pada masa yang sama. Orang yang cenderung menggunakan otak kiri lebih suka pentafsiran maklumat langkah demi langkah. Mereka juga digelar jenis pelajar atau pemikir linear. Mereka yang cenderung menggunakan otak kanan pula perlu melihat keseluruhan gambaran besar. Mereka digelar pemikir global.Bagi contoh apabila kita mendengar lagu, otak kiri akan terfokus kepada lirik lagu manakala otak kanan akan memproses melodi lagu.
.
8. Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, ahli matematik atau saintis.
.
9. Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. Penulis skrip juga tergolong dalam kategori ini.
.
10. Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.
.
11. Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.
.
12. Kesimpulannya orang yang datang dari aliran sastera yang banyak menggunakan fungsi otak kanan lebih sesuai atau lebih mudah jadi penulis skrip dari yang datang dari aliran sains yang lebih banyak menggunakan otak kiri.

Comments

One response to “OTAK PENULIS SKRIP”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

faza4peace said...

waaaa saya ada dua-dua otak, tapi ... cam sama jer @ seimbang.. huhu

December 19, 2009 at 12:07 AM