1. Ketika ke lokasi AKU TERIMA NIKAHNYA hari ini di Kota Damansara, sempat saya berbual dengan Pengurus Caterring yang menyediakan makanan untuk para artis dan krew penerbitan drama tersebut.
.
2. Menurut pengurusnya untuk tempoh shooting selama 21 hari itu dia dikehendaki menyediakan makan minum untuk 4 kali sehari (sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam) untuk anggaran 20-25 orang.
.
.
3. Kata pengurus caterring tersebut, kebiasaaannya bagi perkhidmatan caterring untuk sebuah produksi drama seperti itu dia mengenakan bayaran antara RM18.00-RM20.00 sekepala(seorang) kepada pihak penerbit. Satu jumah yang dianggap manasabah dan lumayan jika pengurusnya pandai menjimatkan kos tanpa menjejaskan mutu dan kualiti hidangannya.Katanya lagi, profit marginnya adalah pada kadar 30-40%.
.
4. Berdasarkan kenyataan pengurus caterring tersebut saya menjangkakan untuk sebuah telemovie sebuah syarikat caterring yang menyediakan perkhidmatan caterring boleh mendapat untung pada anggaran RM2000. Ini dianggap lumayan untuk sebuah telemovie yang biasanya shooting hanya mengambil masa maximum 10 hari sahaja. Jika untuk drama 13 episod selama tempoh 22 hari pula adalah pada anggaran RM4400. Jika untuk drama 26 episod selama tempoh 40 hari pula pada anggaran RM8000.
.
5. Untuk caterring penerbitan filem selama 40-45 hari pula ianya lebih mahal lagi kerana melibatkan krew produksi dan barisan pelakun yang lebih ramai. Ada caterring yang menerima keuntungan bersih pada anggaran melebihi RM70,000.
.
6. Penyediaan makanan yang mengikut jadual dan mutu makanan yang menetapi standard dan piawaian pihak penerbit amat penting kerana 'makan' adalah faktor motivasi paling utama pada para pelakun dan krew di lokasi. Krew dan para pelakun boleh hilang tumpuan dan mood jika pihak caterring tidak menyediakan makanan yang sedap dan pelbagai serta menepati waktu.
.
7. Facts & Fiqures serta dollars & cents berkaitan perkhidmatan penyediaan makanan di lokasi ini perlu juga diambil tahu oleh setiap penulis skrip.
.
8. Saya kerap 'sengaja' singgah ke lokasi waktu makan tengahri supaya boleh tumpang sekaki makan free. Sambal belacan biasanyanya menjadi menu wajib pada setiap caterrer.
Comments
No response to “CATERRING UNTUK DRAMA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment