ONE LITRE OF TEARS DAN KISAH SEORANG HAFIZAH

Sunday, December 27, 2009

1. Sebuah drama bersiri Jepun terbitan Fuji TV(2006) bertajuk One Litre Of Tears pernah ditayangkan di TV8 pada August 2007. Drama ini begitu popular sehingga ianya juga ditayangkan di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.Drama ini turut mempunyai dua tajuk lain iaitu A Diary With Tears dan A Diary Of Tears.
.
2. Akibat kesibukan menulis skrip saya tidak berkesempatan menontonnya ketika ditayangkan di TV8 walaupun anak-anak saya selalu mendesak saya menontonnya. Tapi saya sempat mencari dvdnya bulan lepas dan selesai menontonnya baru-baru ini.
.
3. One Litre Tears adalah satu kisah benar berdasarkan sebuah diari yang ditulis sendiri oleh watak yang mengilhamkan cerita ini sehingga kematiannya. Diari ini telah dijadikan sebuah buku kemudiannya dan terjual sebanyak 1.1 juta naskah di Jepun.

Wajah Aya Ikeuchi yang sebenar
.
4. Sinopsis – mengisahkan kehidupan seorang remaja perempuan bernama Aya Ikeuchi ketika berumur 15 tahun telah dikesan menghidapi sejenis penyakit yang dipanggil degenerative disease. Penyakit yang ada kaitan dengan tulang sum-sum itu sehingga kini masih belum lagi ada ubat penyembuhnya. Namun Aya Ikeuchi sempat melawan penyakitnya sehinggalah dia mati pada umur 25 tahun. Sepanjang tempoh dia dihinggapi penyakit itu sehingga ke saat kematiannya Aya Ikeuchi telah meluahkan perasaannya pada sebuah diari.
.

Ireka Sewajiri yang memegang watak sebagai Aya Ikeuchi.
.
5. Cerita yang pada saya very inspirational seperti ini patut ditonton oleh semua. Sungguh menyentuh perasaan apatah lagi ianya digarap dari point of view seorang ibu.
.
6. Sebuah produksi di RCTI, Indonesia telah meniru bulat-bulat jalan cerita One Litre Tears ini dengan tajuk Buku Harian Nayla. Tindakan plagiarism ini telah dibantah oleh Fuji TV yang telah menerbitkan drama asal tersebut.Namun RCTI sebagai usaha menafikan tuntutan hakcipta tersebut telah menulis pada ending credit drama Buku Harian Nayla itu seperti berikut “Cerita ini adalah rekaan semata-mata,apa-apa kesamaan pada nama, karektor, tempat dan masa jika ada hanyalah secara kebetulan sahaja".
.
.
7. Namun para pengkritik mengatakan siapa sahaja yang menonton Buku Harian Nayla dan One Litre Of Tears pasti akan mendapati kedua-dua drama tersebut adalah sama. Sah Indonesia telah plagiat drama terbitan Fuji TV tersebut. Para pengkarya dan media di Indonesia sebelum ini telah begitu kemaruk menghentam pengkarya Malaysia kerana dituduh menciplak karya-karya Indonesia. Tapi hakikatnya mereka lebih teruk lagi kerana tanpa malu dan rasa bersalah telah mencedok bulat-bulat karya One Litre Of Tears.

8. Saya mengidamkan sebuah drama melayu dari sebuah kisah benar seperti One Litre Of Tears dapat dihasilkan. Namun saya gagal menemui mana-mana kisah benar yang boleh dijadikan story line.
.
9. Namun tuah dan rezeki menyebelahi saya baru-baru ini bila saya bertemu dengan Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah baru-baru ini.
.
10. Dia secara kebetulan mencadangkan pada saya agar sebuah drama mengenai seorang sahabatnya yang meninggal dunia akibat dari satu penyakit yang dihidapinya sejak berumur 17 tahun lagi. Akibat penyakitnya itu dia telah menjadi buta. Sahabatnya itu yang juga seorang Al Hafizah yang dikenalinya semasa di Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM telah berjuang melawan penyakitnya sehingga dia meninggal dunia pada umur 32 tahun. Namun sebelum meninggal dia telah dapat membantu usaha JAKIM melahirkan Al Quran Braille yang pertama di Asia Pasifik.
.
Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah yang terkenal dalam segmen Khazanah Dari Syurga (TV3) dan Kalamullah (Astro Oasis)
.
11. Kata Ustazah Asni “Dia meninggal dengan membawa bersamanya hafazan 30 juzuk Al Quran di dada”. “Cerita sebegini dapat mendidik dan mengajar manusia tentang erti Redha” kata Ustazah Asni lagi.
.
12. Story line yang diberi oleh Ustazah Asni ini lebih kurang sama dengan One Litre Tears.
.
13. Saya mahu menulis skrip drama tersebut dan berharap ada station tv di Malaysia yang mahu menerbitkannya.
.
14. Cerita yang sama tapi tak serupa. Bukan plagiarism seperti yang telah dilakukan oleh RCTI, Indonesia yang meniru bulat-bulat jalan cerita One Litre Tears.

Comments

2 Responses to “ONE LITRE OF TEARS DAN KISAH SEORANG HAFIZAH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Ilham Nur said...

Wah, ustaz. Semoga berjaya hendaknya drama yang dirancang. Tambahan pula, jika dapat dirakam di Masjid Darul Qur'an Kuala Kubu Bharu yang memang indah.

January 3, 2010 at 10:59 AM
UstazCahaya said...

Salam Tuan Zabidi. Saya menunggu drama hafizah tersebut. Semoga Allah SWT mentakdirkan Tuan dapat menulisnya, Amin. Al-Fatihah untuk arwah.

PS: Saya ada menulis tentang Tuan di blog saya. Ini URL nya untuk Tuan semak:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/01/harga-barang-makin-naik-jangan-lama.html

January 13, 2010 at 6:04 AM