
1. Tadi jam 4.00 petang saya sempat singgah di pejabat NHF Productions Sdn Bhd untuk melihat kerja-kerja editing drama saya FITRAH WANITA..
2. Editor adalah salah satu asset penting dalam kejayaan sesebuah drama. Kerja memasukkan soundtrack, sound effect, fade to black, fade to white, cut to, fade in, fade out dan lain-lain yang berkaitan dengan rentak dan tempo sesebuah drama semuanya terletak pada tangan dan kreativiti seorang editor.
.
3. Tanpa sentuhan editor drama akan menjadi kaku atau kering.
.
4. Namun seperti seorang Pengarah, seorang Editor juga tidak mahu kerja-kerjanya diganggu.
.
5. Setiap kali masuk ke bilik editing melihat editor bekerja dan berkarya, saya jarang bercakap dengan mereka. Hanya duduk diam memerhatikan editor tersebut bekerja. Seorang editor biasanya pantang kalau kerja-kerjanya digangu.
.
6. Mungkin kerana itu kerja-kerja editing kebanyakkannya di mulakan pada lewat malam dan berakhir awal pagi esok harinya.
.
7. Seorang editor yang cekap dan dedikasi boleh memperolehi pendapatan antara RM8,000 - RM12, 000 sebulan. Satu karier yang cukup lumayan.

Comments
No response to “EDITOR”
Post Comments (Atom)
Post a Comment |
Post a Comment