CHIN PENG, NIK AZIZ & AMIR MUHAMMAD

Friday, December 11, 2009

.
1. Ketika Amir Muhammad seorang pegarah muda menerbitkan sebuah dokumentari pendek mengenai kisah hidup Chin Peng, saya antara yang 'terluka' dengan kemunculan dokumentari pendek tersebut.
.
2. Sebagai anak bekas tentera dari Rejimen ke 17 Askar Melayu Di Raja saya beranggapan Amir Muhammad tidak sensitif dengan perasaan keluarga para anggota tentera yang telah terkorban ketika zaman dharurat dan pemberontak komunis dahulu.
.
3. Apatah lagi Rejimen ke 17 Askar Melayu Di Raja sehingga hari ini adalah pemegang rekod di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai rejimen yang paling ramai anggotanya terkorban ditangan komunis. Antara yang terkenal adalah Kapten Zainal yang mana kisah kepahlawanannya pernah dijadikan dokumentari.
.
4. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan malah dia juga adalah seorang yang anti islam. Dia mahu menjadikan Malaysia sebagai negara atheis.
.
5. Mungkin kerana dilahirkan pada zaman pasca 13 Mei, Amir Muhammad tidak peka dan sensitif dengan sejarah negara.
.
6. Namun selasa lepas ketika saya duduk menunggu giliran untuk berurusan di kaunter CIMB Bank di TTDI, saya terpandang kepada sebuah AdTv di lcd flat screen yang digantung di dinding depan kaunter di CIMB tersebut. TV tersebut sedang menayangkan sebuah filem pendek bertajuk "The Tree". Nik Aziz kelihatan sedang memberi penjelasan dari dalam pejabat Menteri Besarnya apa yang dikatakan rezeki halal yang dituntut oleh Allah.
.
7. Saya teruja dengan cara pengarah filem pendek tersebut membuat intercute dengan memaparkan beberapa visual dan teaser ketika Nik Aziz memberi penjelasan secara natural dan bersahaja. Saya tertanya-tanya siapakah pengarah disebalik pembikinan short filem tersebut. Dan saya terkejut apabila pada ending credit titlenya Amir Muhammad ditulis sebagai Pengarahnya.
.
8. Kali ini saya memuji kreativiti Amir Muhammad kerana berjaya mengarahkan sebuah filem pendek yang begitu menarik dengan menjadikan Tuan Guru Dato' Nik Aziz sebagai subject kepada filem pendeknya.
.
9. Orang kreatif seperti Amir Muhammad patut menggunakan kreativitinya untuk melahirkan filem-filem pendek yang mendidik rakyat bukannya yang melukakan hati rakyat.
.
10. Saya paparkan filem pendek "The Tree" tersebut di sini untuk tatapan semua.

Comments

No response to “CHIN PENG, NIK AZIZ & AMIR MUHAMMAD”
Post a Comment | Post Comments (Atom)