FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009 FINAS

Saturday, December 19, 2009

1. Saya sempat menonton filem LASKAR PELANGI arahan Riri Riza di Panggung Mini P Ramlee di FINAS semalam (19Dis) sempena FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009. Selain filem Indonesia, filem-filem dari Turki, BoldArab Saudi dan Malaysia ada juga ditayangkan.

2. Sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan. Ada sedikit elemen dakwah di selitkan. Walaupun sedikit tapi cukup berkesan dihati penonton. Log line "Hidup mesti memberi banyak-banyak dan bukan menerima banyak-banyak" begitu lekat dihati saya. Ceritanya tidak punyai nilai komersial langsung tapi punya nilai kemanusiaan sejagat yang amat tinggi. Jalan ceritanya juga amat mudah dan tidak berat.



3. Filem ini tidak menjual mimpi. Ianya dekat dengan pengalaman hidup penonton yang bertemakan kepentingan pendidikan dan membawa mesej bahawa kanak-kanak miskin juga berhak mendapat pendidikan terbaik.

4. Sinopsis - Filem ini mengisahkan bagaimana seorang guru wanita bernama Muslimah berusaha mengekalkan sekolah usangnya yang hanya mempunyai 10 orang murid tapi nakal.Warga pendidik dan para guru-guru di Malaysia patut menonton jalan cerita mengenai warga pendidik seperti ini.Ia boleh menjadi sumber motivasi kepada mereka.

5. Laskar Pelangi mengingatkan saya kepada sebuah filem dari negeri China NOT ONE LESS yang diarahkan oleh Zhang Yimou. Laskar Pelangi dan Not One Less mempunyai tema dan mesej yang sama.



6. Kita di Malaysia patut melahirkan genre filem seperti ini kerana ianya lebih dekat pada realiti dan jiwa masyarakat kita. Dalam erti kata lain kita perlu memperbanyakkan jalan cerita yang tidak menjual mimpi.

7. Festival Minggu Filem Islam FINAS ini perlu lebih promosi agar boleh melibatkan lebih ramai khalayak penonton terutamanya para pelajar dalam jurusan filem dan pengajian islam di IPT.

8. Festival ini telah bermula pada 12 Dis dan akan berakhir pada 28 Dis ini. Untuk maklumat lanjut sila layari web FINAS.

9. Kebetulan pada hari yang sama di Koahsung, Taiwan, Laskar Pelangi telah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke 53 selepas mengetepikan 40 karya lain termasuk dari Malaysia yang mencalunkan filem Telentime, Wayang dan Papadom yang tidak memenangi sebarang anugerah.

Cendermata kepada wakil penerbit filem dari Turki dan Indonesia


Ustaz Nazri (Raihan) menyampaikan sebuah lagu nasyid sebelum tayangan filem

Comments

One response to “FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009 FINAS”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

faza4peace said...

boleh kongsi film2 apa yang ditayangkan, susah sekarang cari film yg mendidik jiwa..

December 19, 2009 at 10:08 PM