.
2. Drama itu memang layak menang kerana ia membawa satu mesej besar berbentuk dakwah yang ditujukan khusus kepada 'pelawat-pelawat' Lorong Haji Taib dan juga kepada khalayak penonton.
.
3. Erma Fatimah banyak menggunakan teknik wide shoot dan 2 story in a single frame untuk drama itu yang menjadikannya begitu menarik dari segi visual. Menonton TERSASAR DI JALAN MU seolah-olah menonton drama di big screen.
.
4. Erma Fatimah mempunyai sentuhan yang mungkin jarang dimiliki oleh pengarah wanita lain di Malaysia.
.
5. Drama saya MENCARI NUR KHADIJAH yang memenangi anugerah Skrip Terbaik, Drama Terbaik dan Pelakun Lelaki Terbaik pada ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) 2008 juga di arahkan oleh Erma Fatimah yang turut memenangi anugerah bagi kategori Pengarah Drama Terbaik pada anugerah yang sama.
.
6. MENCARI NUR KHADIJAH mungkin tidak menang jika orang lain yang mengarahkannya.
.
7. Saya cukup mengenali gaya dan signature Erma Fatimah dalam pengarahannya.
.
8. Erma Fatimah adalah pengarah yang mampu mengubah SEKUNTUM BUNGA menjadi SEMUSIM BUNGA. Itu anugerah Allah untuknya.
.
9. Tahniah buat Erma Fatimah dan seluruh warga kerja yang telah terlibat dalam menghasilkan drama tersebut.
Comments
2 Responses to “DARI SEKUNTUM BUNGA KEPADA SEMUSIM BUNGA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Pernah Bertemu Beliau 2 kali....
February 1, 2011 at 6:00 PMMemang jalan cerita ni sangat bermanfaat. (^_^) Ayah saya juga berlakon di dalam tu.
March 4, 2011 at 8:25 AMPost a Comment