ANUGERAH SKRIN TV3 2009

Thursday, December 3, 2009



1. Anugerah Skrin TV3 adalah sebuah anugerah 'pop culture' yang menilai karya sesebuah drama dari sudut populariti dan rating. Soal kualiti dan mesej kurang diambil kira. Cuma secara kebetulan kebiasaannya drama terbaik melalui anugerah tersebut juga mempunyai kualiti yang terbaik.
.
2. Berbeza dengan Anugerah Seri Angkasa (ASA) anjuran Kementerian Penerangan, Kebudayaan & Warisan Malaysia, anugerah tersebut menilai dari sudut seni (art) dan uniqueness & origanility sesebuah drama. Untuk itu keseluruhan aspek pembikinan drama seperti audio, editing, costum, pengarahan dan garapan skrip diambil kira untuk menentukan kualiti terbaik sesebuah drama.
.
3. Apa yang menyedihkan, Anugerah Seri Angkasa ini sudah nampak seperti sudah 'berkubur' tanpa nisan. Ianya lenyap tanpa berita sejak kali terakhir di anjurkan pada 2006. Masyarakat juga sudah melupakan keujudan dan kepentingan anugerah tersebut.
.
4. Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pula menilai sesebuah drama dari sudut mesej islam yang hendak diangkat dalam sesbuah karya tersebut.
.
5. Walaupun karya saya tidak disenarai pendekan untuk pencalunan di Anugerah Skrin TV3 2009 kali ini namun saya berbangga beberapa penulis skrip yang agak rapat dengan saya telah tercalun. Tahniah kepada Jumal Yunus, Sophia Rhyland dan Faznita Md Noor kerana drama-drama mereka telah disenarai pendekkan untuk pencalunan ke Anugerah yang berprestij itu.
.
6. Hakikat bahawa anda telah tercalun itu sendiri adalah satu pencapaian. Kemenangan menjulang tropi adalah satu bonus.

Comments

No response to “ANUGERAH SKRIN TV3 2009”
Post a Comment | Post Comments (Atom)