PARI-PARI DALAM MINDA MELAYU NUSANTARA

Thursday, December 24, 2009

Filem mengenai pari-pari yang akan ditayangkan di panggung bermula pada 31Dis 2009

1. Drama sinetron Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa menjadikan Pari-pari bersayap sebagai latar cerita mereka. Karektor pari-pari ini pada sesetengah pengkarya di Indonesia dianggap benar dan perlu diyakini keujudannya.

2. Setelah drama sinetron tersebut ditayangkan di kaca tv di Malaysia tidak mustahil juga ramai yang menyakini keujudannya. Apatah lagi masyarakat melayu yang ketika ini selalu dihidangkan dengan cerita hantu dan mistik memang sudah menyiapkan mind-set dan diri mereka untuk menerima keujudan benda-benda mistik seperti ini. Mereka lebih percaya dan takut pada keujudan hantu dari takut pada keujudan Allah swt.

3. Apakah benar ujudnya pari-pari ini?

4. Di barat terutamanya di Britain 5 keping gambar pari-pari yang diambil oleh dua sepupu rapat Elsie Wright (16 th) dan Frances Griffith (10th) pada 1917 mengakibatkan semua mempercayai keujudan pari-pari ini.



5. Namun setelah 65 tahun gambar tersebut disiarkan, pada 1986 sebelum keduanya meninggal dunia, mereka telah mengakui gambar pari-pari yang mereka ambil itu adalah gambar palsu. Pari-pari yang terdapat dalam gambar yang mereka ambil pada 1917 itu sebenarnya telah digunting dan diambil dari sebuah buku cerita kanak-kanak bertajuk Princess Maries Gift Book (1914). Hal ini hanya terbongkar pada tahun 1978 apabila ada yang menyedari gambar pari-pari yang diambil oleh kedua sepupu tersebut sama dengan apa yang ada dalam buku tersebut.
.
6. Masyarakat di barat selepas pengakuan kedua sepupu tersebut mula tidak percaya keujudan pari-pari dalam dunia realiti. Tapi tidak pada sesetengah masyarakat melayu di nusantara yang masih lagi yakin akan keujudannya.Buktinya adalah pada story line yang ada pada Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa.
.
7. Sebuah filem bertajuk The Fairy Tale - A True Story (1998) pernah diterbitkan bagi mengenang peristiwa berkait polemik gambar tersebut.


8. Tapi macam mana pula dengan filem Duhai Si Pari-Pari terbitan Tayangan Unggul arahan pengarah muda Azmi Mohd Hata yang bakal di tayangkan pada 31Dis 2009 ini?
.
Sinopsis - Duhai Si Pari Pari mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang tidak pernah dilamun cinta. Ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk wang simpanan Syadon.Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak tapi dia cukup cermat dan pandai menyimpan. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay).Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, bapa Pari Pari, Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari para para iaitu lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.
.
9. Saya masih belum boleh memberi sebarang komen atau ulasan kerana belum menontonnya malah ianya juga belum ditayangkan lagi. Tapi saya akan merujuk kepada pandangan beberapa tokoh agama yang saya kenal untuk mendapatkan pandangan mereka berkait pemaparan karakter pari-pari dalam filem dan drama untuk tontonan khalayak penonton melayu.
.
10. Namun saya percaya masyarakat melayu yang percaya dan meyakini ujudnya pari-pari ini akan pergi menontonnya. Sinetron Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah dan Si Cantik Dan Si Buruk Rupa telah pun menyiapkan mind set mereka untuk menerima filem genre seperti itu.
.
11. Saya harap khalayak penonton hanya menontonnya sebagai satu hiburan kartun ala Walt Disney Pictures semata-mata tapi tidak menjadikannya satu 'aqidah' dalam diri mereka mengenai illusi keujudan pari-pari ini.

Comments

No response to “PARI-PARI DALAM MINDA MELAYU NUSANTARA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)