![]() | |
| Bersama Jurey Rosli pada 24.July pada hari yang sama akhbar menyiarkan penarikan diri PFM dari GAFIM. |
BUDAYA 'PROTECTIVE ELITE' DALAM PERSATUAN & KESATUAN
Monday, July 25, 2011
PEMIKIRAN IRJA' DALAM INDUSTRI HIBURAN DI MALAYSIA
Tuesday, February 23, 2010
1. Saya agak kesal dengan tindakan beberapa artis wanita kebelakangan ini yang awalnya bertudung dengan niat untuk menutup aurat samaada selepas berkahwin atau menunaikan haji/umrah tapi kemudiannya membuang tudung di lokasi atas alasan ianya adalah kehendak skrip dan pengarah..
3. Golongan ini patut diberi tahu dan diberi faham bahawa iman tidak boleh dipisahkan dari amal.
.
4. Tidak cukup dengan kita hanya mendakwa telah beriman selagi kita belum menutup aurat bagi seorang wanita muslim apatah lagi membukanya setelah mendakwa mahu beriman.
.
..

.
8. Pengarah dan penerbit wajib menghormati para artis wanita yang bertudung dan menutup aurat bukan mengeksploitasi keadaan mereka.
9. Saya bercita-cita mahu mengadakan forum mengenai pemikiran ijra' dalam industri hiburan di Malaysia ini jika ada badan-badan NGO atau institusi seperti Finas atau JAKIM atau IPTA yang bersedia menganjurkannya.
10.Mungkin dalam forum ini nanti para penggiat seni boleh ditemukan dengan para ulama untuk bertukar ilmu dan kesedaran di kalangan para artis.
11. Beberapa orang pengarah telah pun menyatakan kesanggupan mereka untuk hadir dalam majlis bersifat ilmu seumpama itu. Kata mereka selama ini mereka 'tidak tahu apa yang mereka tidak tahu'. Maka majlis seperti itu boleh menjadi platform untuk memberitahu apa yang sepatutnya mereka tahu. Mereka perlukan panduan dan bimbingan.
12. Semoga ada yang boleh membantu saya dalam usaha ini.
TAK RUGI MERENDAH DIRI
Saturday, January 9, 2010
3. Dana sebanyak RM170,000.00 kepada Mansor Puteh itu sebenarnya adalah datang dari duit rakyat yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan kemudiannya disalur dan diamanahkan kepada FINAS melalui peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia.
4. Maka Finas mempunyai hak untuk menegur malah meminta agar dokumentari tersebut diperbaiki agar sesuai untuk tontotan masyarakat main stream. Masyarakat kita memang mahukan sebuah karya yang terbaik, unik dan tulin (unique & original) tapi tidaklah sampai mereka menuntut sebuah karya 'menongkah konvensional' seperti yang cuba diperkenalkan oleh Mansor Puteh. 13 perkara yang dikomen oleh Finas terhadap karya Mansor Puteh itu membuktikan Mansor Puteh telah gagal mencapai benchmark yang dikehendaki oleh Finas.
5. Saya sendiri pernah menulis skrip dokumentari dengan menggunakan dana Finas. Memang meletihkan apabila panel penasihat Finas meminta skrip dirombak beberapa kali untuk mencapai benchmark atau standard yang mereka kehendaki. Tapi semua itu dilakukan oleh Finas untuk memastikan karya itu berada pada tahap paling minimum kesesuaian tayangan untuk manafaat pengkarya dan penonton sasaran.
6. Sikap panas baran dan kegagalan mengurus dan mengawal ego sebagai seorang pengkarya jangan diharap akan mendapat simpati ramai. Malah sokongan boleh bertukar kepada kebencian dan rasa meluat masyarakat terhadap sikap tidak profesionalisme kita itu. Ini mungkin kelemahan dan kekurangan Mansor Puteh.
7. Tidak rugi jika kita merendah diri.
|
MANSOR PUTIH, THE RESIDENCY YEARS & FINAS
Saturday, January 2, 2010
- Apabila Finas beri komen negatif dan 13 alasan mengenai kelemahan dokumentari ini, apa pandangan saudara?
Saya melihat panel yang menilai sesebuah karya di dalam Finas terdiri daripada mereka yang benar-benar tidak arif. Mereka tak tahu bahasa filem, “terminologi” serta tidak faham kenapa karya ini dihasilkan.
- Anda terkejut mendapat alasan seperti itu?
Tentu sekali. Saya lihat pihak Finas membuat perbincangan tentang karya saya ini pada tahap yang begitu rendah. Saya punya pengharapan untuk mempromosikan karya ini ke tahap yang lebih tinggi dan ke negara-negara Islam. Bukan apa, Tunku cuba nak satukan umat Islam di seluruh negara dengan penubuhan OIC. Itu adalah elemen utama yang seharusnya pihak Finas nampak.
- Mungkin Finas ada alasannya sendiri mengkritik filem ini. Mereka melihat daripada banyak pandangan.
- Mungkin dokumentari ini tidak mencapai standard yang ditetapkan?
- Apa sepatutnya Finas lakukan ketika menilai sesebuah karya?
MANSOR PUTEH OH MANSOR PUTEH....
Monday, December 28, 2009

FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009 FINAS
Saturday, December 19, 2009
1. Saya sempat menonton filem LASKAR PELANGI arahan Riri Riza di Panggung Mini P Ramlee di FINAS semalam (19Dis) sempena FESTIVAL MINGGU FILEM ISLAM 2009. Selain filem Indonesia, filem-filem dari Turki,
Arab Saudi dan Malaysia ada juga ditayangkan. 

Cendermata kepada wakil penerbit filem dari Turki dan Indonesia
Ustaz Nazri (Raihan) menyampaikan sebuah lagu nasyid sebelum tayangan filem




