Showing posts with label ERMA FATIMAH. Show all posts
Showing posts with label ERMA FATIMAH. Show all posts

KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA

Saturday, January 15, 2011

SEBUAH CERITA TENTANG KURMA


1. Drama 15 episod saya KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA untuk TV AL HIJRAH  bakal diterbitkan oleh Rumah Karya Sdn Bhd millik sutradara Erma Fatimah. Erma Fatimah sendiri akan mengarahkan drama ini.

2. Ini kali kedua saya dan Erma Fatimah bekerjasama  dalam menghasilkan drama. Kali pertama melalui telemovie MENCARI NUR KHADIJAH terbitan Layar Consult Sdn Bhd dimana ketika itu Erma Fatimah menjadi Pengarahnya.MENCARI NUR KHADIJAH yang dibuat sebahagian pengembaraannya di Mekah dan Madinah itu pernah memenangi kategori Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakun Wanita Terbaik (Eja) pada Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada tahun 2008. Sempat saya dan Erma Fatimah bersama krew produksi yang lain ketika itu melakukan ibadah umrah semasa pengembaraan di sana.


3. KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA juga akan dibuat pengembaraannya di Madinah & Mekah. Pengembaraan dijangka akan dibuat pada awal Februari ini dan tarikh tayangannya di TV AL HIJRAH telah ditetapkan pada pertengahan atau hujung Mac ini.

4. Namun untuk drama ini saya mungkin tidak ikut sama ke Mekah dan Madinah kerana sudah merancang untuk mengerjakan ibadah Haji bersama isteri tahun ini jika direzekikan Allah.

5. Barisan pelakun masih belum ditetapkan lagi kerana saya masih dalam peingkat akhir menyiapkan skripnya.


6. Sinopsis - kisah Bujal seorang pemuda 'tiga suku' mahu pergi ke Mekah & Madinah kerana mahu membeli sendiri kurma 'ajwah di Madinah untuk ibunya yang sakit. Tapi hasratnya diketawakan ramai kerana ramai beranggapan dia hanya bergurau apatah lagi dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung. Bujal bekerja mengutip kelapa dan buat kerja part time memarut kelapa di kedai runcit sebagai pendapatan side income.

DARI SEKUNTUM BUNGA KEPADA SEMUSIM BUNGA

Monday, December 7, 2009

1. Saya menonton TERSASAR DI JALAN MU karya dan arahan ERMA FATIMAH ketika ditayangkan di RTM dulu.
.
2. Drama itu memang layak menang kerana ia membawa satu mesej besar berbentuk dakwah yang ditujukan khusus kepada 'pelawat-pelawat' Lorong Haji Taib dan juga kepada khalayak penonton.Italic
.
3. Erma Fatimah banyak menggunakan teknik wide shoot dan 2 story in a single frame untuk drama itu yang menjadikannya begitu menarik dari segi visual. Menonton TERSASAR DI JALAN MU seolah-olah menonton drama di big screen.
.
4. Erma Fatimah mempunyai sentuhan yang mungkin jarang dimiliki oleh pengarah wanita lain di Malaysia.
.
5. Drama saya MENCARI NUR KHADIJAH yang memenangi anugerah Skrip Terbaik, Drama Terbaik dan Pelakun Lelaki Terbaik pada ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) 2008 juga di arahkan oleh Erma Fatimah yang turut memenangi anugerah bagi kategori Pengarah Drama Terbaik pada anugerah yang sama.
.
6. MENCARI NUR KHADIJAH mungkin tidak menang jika orang lain yang mengarahkannya.
.
7. Saya cukup mengenali gaya dan signature Erma Fatimah dalam pengarahannya.
.
8. Erma Fatimah adalah pengarah yang mampu mengubah SEKUNTUM BUNGA menjadi SEMUSIM BUNGA. Itu anugerah Allah untuknya.
.
9. Tahniah buat Erma Fatimah dan seluruh warga kerja yang telah terlibat dalam menghasilkan drama tersebut.