'JALANG' ILHAM DARI HADITH NABI?

Thursday, November 19, 2009

Yasmin Khanif dan Khairi Othman pelakun filem Jalang
.
1. Filem JALANG lakunan pendatang baru Yasmin Khanif menurut penerbit dan penulis skripnya Imran Ismail dalam akhbar baru-baru ini adalah diilhamkan dari sepotong hadith.
.
2. Mendakwa sesebuah cerita dalam filem atau drama diilhamkan dari hadith nabi ada risikonya.
.
3. Pertama - kesahihan hadith tersebut boleh dipertikaikan jika tafsirannya tidak dibuat berdasarkan tafsiran kitab-kitab ulama hadith muktabar dan Kedua - kita akan dianggap menghina ketinggian institusi hadith jika visual yang dipaparkan dalam filem atau drama tersebut penuh dengan adegan 'jalang'.
.
4. Begitu juga dakwaan sesetengah pengkarya bahawa karya filem atau drama mereka adalah berdasarkan kisah para nabi-nabi tapi story linenya penuh dengan skandal golongan korporat. Adalah dibimbangi tanpa sedar samada secara langsung atau tidak langsung pengkaryanya telah membawa filem atau dramanya kepada satu penghinaan ke atas kisah para nabi-nabi.
.
5. Filem AKHIRAT lakunan Vaneeda Imran dan Tony Yusof sebelum ini pernah dianggap oleh sesetengah pihak dan juga akhbar HARAKAH sebagai menghina islam kerana visual yang dipaparkan tidak sesuai dengan tajuknya lebih-lebih lagi apabila penerbit yang juga pengarahnya menayangkan filem tersebut sempena Maulidul Rasul atas alasan IKHTIBAR adalah filem genre dakwah.

Comments

3 Responses to “'JALANG' ILHAM DARI HADITH NABI?”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

Berbeza dengan seni teater.

http://delimasakti.blogspot.com/2009/08/teater-persembahan-berdasarkan-hadis.html

Diharapkan dalam seni layar (filem atau drama) akan benar-benar memesnifikasikan "persembahan berdasarkan hadis atau al-qur'an"

wallahu alam

November 19, 2009 at 7:02 PM
kelisa_samudera said...

segala-galanya atas nama seni. padahal mereka hanya mementingkan industri mereka sendiri. mereka akan mewajarkan apa sahaja demi untuk wang.

November 19, 2009 at 10:19 PM
emjayakula said...

Salam,
Sejak dahulu lagi manusia ni memang suka cari jalan mudah dan popular untuk cari makan. Depa akan jual apa saja demi perut. Moga depa diberikan petunjuk.

Wassalam

jamilmutalib
http://skrapskrip.blogspot.com

November 21, 2009 at 6:40 AM