PANDANGAN ZAKARIA SUNGIB KE ATAS FILEM 'WANITA BERKALONG SORBAN'

Monday, November 23, 2009

.
1. Saya telah menayangkan keseluruhan filem Indonesia PEREMPUAN BERKALONG SORBAN semasa Sessi 2 Kursus Penulisan Skrip Drama Berunsur Islam untuk dijadikan bahan perbincangan dikalangan peserta kursus baru-baru ini.
.
2. Saya telah mendengar Ustaz Hasrizal Abd Jamil memberikan komennya terhadap filem tersebut. Pada Ustaz Hasrizal terdapat pro kontra pada mesej sub text filem tersebut. Ianya bergantung kepada sudut mana kita menilai filem tersebut. Ia dianggap positif pada watak protaganistnya Anissa yang kekal dengan pegangan agamanya walaupun rakan sepesantreannya berubah mengikut acuan kemodenan dan kebebasan zaman. Tapi ia juga boleh jadi 'peluru' buat golongan Islam Liberal dalam menghentam sikap konservatif golongan agama di pasentrian. Namun ada kebimbangan pada Ustaz Hasrizal jika filem tersebut ditonton oleh khalayak penonton yang tidak kuat pengetahan atau asas agamanya.
.
3. Saya juga telah membaca komen Sdr Zakaria Sungib yang juga salah seorang peserta dalam kursus tersebut dalam webnya http://zakaria-sungib.blogspot.com/2009/11/kritikan-sosial-vs-karya-dakwah.html. Saya juga tertarik dengan pandangannya. Pandangan ini elok dibaca sebagai bahan berfikir.
Sdr Zakaria Sungib
.
4. Untuk menjadi seorang penulis skrip berunsur islam, pengkaryanya mesti mempunyai kemampuan untuk melihat sesebuah karya dari sudut syariat dan world view yang jelas lagi rational. Ustaz Hasrizal dan Sdr Zakaria Sungib ternyata mempunyai kedua-dua keupayaan ini.
.
5. Saya banyak belajar dari pandangan mereka itu.

Comments

No response to “PANDANGAN ZAKARIA SUNGIB KE ATAS FILEM 'WANITA BERKALONG SORBAN'”
Post a Comment | Post Comments (Atom)