MAD'U DAKWAH

Sunday, November 22, 2009

.
1. Tulisan Sdr. Najahudin Lateh, Pensyarah Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM, Shah Alam bertajuk 'KEUPAYAAN BERDAKWAH SECARA MAYA MASIH TERHAD' di ruangan Agama Berita Harian hari ini (23Nov.2009) boleh membuka mata kepada para pelajar di Fakulti Pengajian Islam IPT dan para pendakwah.
.
2. Menurut artikle tersebut dari 100 laman popular di Malaysia, 5 darinya adalah web islam yang berada dalam kedudukan seperti berikut - iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (kedudukan ke 1,270), zaharuddin.net (kedudukan ke 1,254), saifulislam.com (kedudukan ke 1,386) dan halaqah.net (kedudukan ke 2,706). Laman web JAKIM pula merupakan satu-satunya laman web di Malaysia malah di dunia yang beroperasi dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan China.
.
3. Menurut Najahudin Lateh lagi dakwah melalui internet dan secara online mempunyai potensi yang besar, namun kekurangan tenaga ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha penyampaian ilmu Islam di internet.
.
4. Saya pernah berjumpa dengan beberapa pelajar jurusan agama dari Timur Tengah yang punya kemahiran dan kepakaran dalam bidang internet dan perkomputeran. Mereka bukan sahaja pandai membuat laman web malah berkeupayaan membuat layout DTP dan membaiki komputer yang rosak. Kata mereka ilmu tersebut dipelajari sendiri hanya dengan membaca buku dan melihat web berkaitan di internet. Ini membuktikan pelajar jurusan agama mempunyai keupayaan untuk menguasai ilmu berkait dengan alam maya atau internet.
.
5. Namun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan (atau kesungguhan) menyampaikan ilmu islam dalam internet kebanyakkan mereka tidak memanafaatkan ruang yang ada untuk berdakwah melalui internet. Mereka hanya sekadar mempunyai blog yang menceritakan perkembangan peribadi sahaja.
.
6. Islam tidak menghadkan pendakwah untuk menggunakan kaedah tertentu dalam proses dakwah. Malah mereka digalakkan menggunakan medium terbaik sesuai pada sesuatu zaman dan tempat.
.
7. Filem atau drama tv juga boleh dijadikan medium dakwah.
.
8. Di sini kelebihan yang mungkin ada pada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (http://saifulislam.com/), Ustaz Zaid Akhtar (http://www.myzaidakhtar.blogspot.com/ ) dan Ustaz Adib Samuri( http://www.al-adib.net/). Ketiga-tiga mereka mempunyai web sendiri untuk berinteraksi dengan mad'u mereka sebagai medium dakwah mereka. Malah Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaid Akhtar juga mempunyai buku dan novel popular mereka sendiri.
Ustaz Hazrizal Abd Jamil
Ustaz Zaid Akhtar

Ustaz Al Adib Samuri
.

9. Mereka bertiga adalah peserta Kursus Penulisan Skrip Drama Berunsur Islam dimana saya menjadi mentornya. Berkat minat dan kesungguhan mereka untuk meneroka bidang penulisan skrip, saya ramalkan mereka bertiga bakal menghasilkan karya-karya drama genre dakwah yang baik dan bermutu untuk tatapan penonton satu masa nanti.
.
10. Para pelajar Pengajian Islam di IPT jangan hanya nampak dakwah itu hanya sekadar ceramah di surau-surau atau masjid-masjid sahaja ATAU mengharapkan kerja makan gaji sahaja. Mereka juga mesti menguasai bidang penulisan novel, penulisan blog serta web dan penulisan skrip drama atau filem.
.
11. Secara kolektif dunia dakwah di alam maya, media cetak dan media elektronik punyai kesan yang lebih besar.
.
12. Para Dekan atau Pensyarah Fakulti Pengajian Islam di IPT juga harus berusaha mendedahkan para pelajar mereka pada dunia internet dan karya untuk filem dan drama. Beri mereka pendedahan dan pilihan. Buka minda mereka dan beri motivasi pada mereka.
.
13. Mad'u dakwah bukan sekadar hanya yang berada di surau atau masjid sahaja.

Comments

No response to “MAD'U DAKWAH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)