1. Minat saya pada karya Majid Majidi, Pengarah tersohor Iran seperti Children's of Heaven dan Colour Of Paradise membawa saya kepada penghasilan BASIKAL ITU yakni sebuah telemovie yang pernah ditayangkan suatu masa dulu pada 2005 di RTM.
.
2. Ianya mengisahkan bagaimana dua orang kanak-kanak lelaki berkawan baik berusaha belajar mendeklamasikan puisi demi merebut sebuah basikal yang dijadikan hadiah utama pertandingan membaca puisi di peringkat sekolah. Perebutan yang akhirnya membawa pergaduhan antara mereka berdua.
Saya akan menayangkan keseluruhan cerita BASIKAL ITU ini pada kelas penulisan skrip saya pada Sabtu ini. Para peserta kursus diingatkan agar membawa tissu sendiri sebagai persediaan untuk mengesat air mata.
.
3. Untuk tema puisi pada drama ini saya telah menemui Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said untuk mengajaknya berlakun sama. Hanya dua babak sahaja yang melibatkan babak Datuk A. Samad Said. Alhamdulillah dia setuju berlakun untuk membawa watak dirinya sendiri dalam drama itu..
4. Drama ini mendapat pujian daripada ramai golongan akademik di IPT dan juga para guru. Walaupun hanya sekadar cerita kanak-kanak tetapi dia mengangkat satu mesej universal yang cukup besar untuk manusia sejagat..
5. Basikal Itu mengangkat mesej kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan, setiakawan, kemaafan dan kejujuran..
6. Drama terbitan NHF Production Sdn Bhd (NHF) ini telah diarahkan oleh Johari Yusof (JY)..
7. Untuk mengangkat nilai sinematografinya khidmat Director Of Photografi (DOP) filem tersohor Indra Che Muda yang telah banyak menjadi kameramen dalam banyak filem tempatan telah diambil. Jarang sebuah drama menggunakan khidmat kameramen filem kerana professional fee mereka agak mahal. Tapi penerbitnya Puan Nora Hendon (NHF) sanggup berbelanja besar kerana dia nampak ada kelainan dan keunikan pada story line Basikal Itu..
8. Saya selalu percaya 'A good movie always comes from a simple and moving story line'..
9. Basikal Itu mungkin tidak setanding untuk dibandingkan dengan Children's Of Heaven atau Colour Of Paradise yang telah mendapat pengikhtirafan dunia tapi saya bangga dan bersyukur dapat menghasilkannya..
10. Basikal Itu telah dicalonkan ke peringkat final dalam ANUGERAH SERI ANGKASA pada 2006. Walaupun tidak menang tapi pencalonannya adalah satu kepuasan buat saya..
11. Saya akan download BASIKAL ITU ke dalam Youtube dalam masa terdekat ini untuk tatapan dan tontonan semua.
.
PENGUMUMANSaya akan menayangkan keseluruhan cerita BASIKAL ITU ini pada kelas penulisan skrip saya pada Sabtu ini. Para peserta kursus diingatkan agar membawa tissu sendiri sebagai persediaan untuk mengesat air mata.
.
Comments
3 Responses to “BASIKAL ITU”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Salam Tuan.Saya belum tonton Basikal Itu sbb tak penah taupun kewujudannya.Maafkan saya kerana baru hari ini berusaha mengenali saudara semula.Tapi saya dah tonton Children of Heaven tak silap 10 tahun yg lepas.Ya!Saya menangis....
March 23, 2010 at 8:00 AMHello, nama saya Azim Hazizuddin Nasaruddin. Saya telah memegang watak utama dalam cita basikal itu. saya x pernah tgk cita tu lagi. tlg upload ke youtube. atau hantar ke email saya. ini email saya azimhazizud@gmail.com. sekian terima kasih.
October 16, 2011 at 3:22 AMhello, nama saya Azim Hazizuddin Bin Nasaruddin. Saya memegang watak utama dlm cita basikal itu dan x pernah tgk cita itu. tlg upload ke youtube atau hantar ke email saya: azimhazizud@gmail.com
October 16, 2011 at 3:23 AMsekian terima kasih
Post a Comment