1. Astro tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa banyak drama-drama yang ditayangkan mereka adalah cedokkan daripada drama-drama luar negara terutamanya dari Indonesia dan Vanezuela.
.
2. Antaranya Durani(Indonesia), Di Bawah Ketiak Isteri(Indonesia), Qaleisya(Indonesia), Kecuali Cinta Mu(Vanezuela), Kau & Aku (Vanezuela). Kesemuanya adalah drama bersiri/episod.
.
3. Tema, mesej, story line dan skrip yang di cedok bulat-bulat. Hanya dialoqnya sahaja dialih bahasakan ke bahasa melayu.
.
4. Malangnya dalam drama-drama tersebut, bukan dialoqnya sahaja 'dialih' bahasakan, malah budayanya juga turut di 'alihkan' kepada khalayak penonton.
.
5. Kau & Aku sebagai contoh, setakat episod minggu ini yang sempat saya tonton tidak nampak lagi adanya elemen agama dan budaya melayu yang cuba diterapkan. Yang jelas kelihatan dipaparkan adalah nilai-nilai liberal semata. Dalam ertikata lain nilai Indonesia dan nilai Vanezuela yang belum tentu sesuai dengai nilai orang melayu di Malaysia secara perlahan sedang ditanamkan ke dalam minda dan jiwa remaja yang menjadi sasaran penontonnya. Nilai yang akhirnya akan menjadi sikap dan world view mereka.
.
6. Perpatah ada mengatakan 'Remaja hari ini adalah bayangan pada pemimpin pada masa akan datang'.
.
7. Bayangkan apa akan jadi pada negara 15 atau 20 tahun akan datang jika para remaja yang tergila-gila nilai drama-drama yang diciplak ini membawa nilai-nilai drama ini dalam gaya kepimpinan mereka?
.
8. Astro harus berusaha mengutamakan karya-karya anak tempatan. Selemah-lemah karya anak tempatan mereka tetap menerapkan nilai-nilai agama dan budaya tempatan.
.
9. Mengambil dan menciplak drama-drama luar bulat-bulat tanpa nilai tambah atau memasukkan elemen agama dan budaya tempatan tidak akan menjadikan Astro menjadi lebih baik dari pesaingnya (Media Prima dan RTM).
.
10. Sikap meniru atau mencedok bulat-bulat karya dari luar juga tidak menjadikan Astro lebih cerdik atau profesional dari orang lain.
.
11. Dunia hari ini melihat dan menilai pada uniqueness and origanality of ideas. Bukan pada cedokkan idea.Bukan juga kepada rating semata-mata.
.
12. Kita tidak boleh syok sendiri.
Comments
2 Responses to “ALIH BAHASA ATAU ALIH BUDAYA?”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Salam.
November 11, 2009 at 7:26 PMMinta email tuan.
setuju 100%...pihak astro telah dikuasai budaya luar sehgga sanggup mgetepikan budaya sndri...
November 28, 2009 at 8:03 AMPost a Comment