Showing posts with label kisah nabi. Show all posts
Showing posts with label kisah nabi. Show all posts

'JALANG' ILHAM DARI HADITH NABI?

Thursday, November 19, 2009

Yasmin Khanif dan Khairi Othman pelakun filem Jalang
.
1. Filem JALANG lakunan pendatang baru Yasmin Khanif menurut penerbit dan penulis skripnya Imran Ismail dalam akhbar baru-baru ini adalah diilhamkan dari sepotong hadith.
.
2. Mendakwa sesebuah cerita dalam filem atau drama diilhamkan dari hadith nabi ada risikonya.
.
3. Pertama - kesahihan hadith tersebut boleh dipertikaikan jika tafsirannya tidak dibuat berdasarkan tafsiran kitab-kitab ulama hadith muktabar dan Kedua - kita akan dianggap menghina ketinggian institusi hadith jika visual yang dipaparkan dalam filem atau drama tersebut penuh dengan adegan 'jalang'.
.
4. Begitu juga dakwaan sesetengah pengkarya bahawa karya filem atau drama mereka adalah berdasarkan kisah para nabi-nabi tapi story linenya penuh dengan skandal golongan korporat. Adalah dibimbangi tanpa sedar samada secara langsung atau tidak langsung pengkaryanya telah membawa filem atau dramanya kepada satu penghinaan ke atas kisah para nabi-nabi.
.
5. Filem AKHIRAT lakunan Vaneeda Imran dan Tony Yusof sebelum ini pernah dianggap oleh sesetengah pihak dan juga akhbar HARAKAH sebagai menghina islam kerana visual yang dipaparkan tidak sesuai dengan tajuknya lebih-lebih lagi apabila penerbit yang juga pengarahnya menayangkan filem tersebut sempena Maulidul Rasul atas alasan IKHTIBAR adalah filem genre dakwah.