MEMORABLE AND EXCITING SCENE, DIALOQUE & MOMENT

Saturday, November 21, 2009

Lokasi Kelas Penulisan Skrip Drama Berunsur Islam di ASTANA KARYA Kota Damansara.
.
1. Dalam kelas penulisan skrip drama berunsur islam kelmarin, saya telah mengajar mengenai apa yang dikatakan 'The Most Memorable' atau 'The Most Exciting' elemen dalam sesebuah drama.
.
2. Ianya merupakan satu kaedah template berkaitan dengan scene, dialoque atau moment yang dianggap The Most Memorable atau The Most Exciting.
.
3. Untuk tujuan itu saya telah menayangkan petikan dari Winter Sonata, My Sassy Girl dan Because I'm A Girl kesemuanya drama/filem Korea.
.
4. Saya juga telah menayangkan petikan dari drama-drama saya sebelum ini iaitu, Selembut Muhasabah, Nasuha, Cinta Sempurna dan Basikal Itu.
.
5. Basikal Itu yang ditayangkan sepenuhnya telah diberikan tepukan oleh para peserta kursus kerana jalan ceritanya yang 'very simple' tapi cukup menghiburkan. Menonton Basikal Itu seolah-oleh menonton sebuah filem di big screen kerana cinematografinya yang cantik hasil sentuhan DOP tersohor Indra Che Muda yang telah banyak terlibat dalam banyak filem.
.
6. Siapa sahaja yang menonton BASIKAL ITU pasti merasakan mereka juga boleh menulis skrip yang mudah dan baik saperti itu.
.
7. BASIKAL ITU mampu memberi motivasi dan keyakinan diri pada bakal-bakal penulis skrip.
.
Winter Sonata

My Sassy Girl

Because I'm a Girl

Bilik mesyuarat yang digunakan untuk kursus penulisan skrip

Meja makan untuk peserta

Comments

No response to “MEMORABLE AND EXCITING SCENE, DIALOQUE & MOMENT”
Post a Comment | Post Comments (Atom)