1. Dalam Kursus Penulisan Skrip Drama Berunsur Islam Sessi 2 semalam (14hb), saya sempat menayangkan dua buah filem PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN (Indonesia), KHABI KHUSI KHABI GHAM dan dua buah drama telemovie karya saya IHSAN(TV3) dan KALIGRAFI CINTA(RTM).
.
2. Satu perbincangan mengenai pro kontra mesej sub text disebalik PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN juga telah diadakan.
.
3. Saya sebelum ini melalui blog ini telah memberi komen serta pandangan peribadi saya mengenai mesej 'Islam Liberal' dalam PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN. Saya telah meminta Ustaz Hasrizal Abd Jamil (http://saifulislam.com/) yang merupakan salah seorang peserta kursus untuk memberikan pandangannya terhadap filem tersebut.
.
4. Sebagai tokoh ilmuan, Ustaz Hasrizal telah memberikan pandangan syariat dan world viewnya terhadap PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN yang begitu 'realistik' dan 'holistik' berbeza dengan pandangan 'bombastik' saya sebelum ini.
.
5. Belajar menulis skrip terasa keseronokkannya bila ada diselitkan dengan perbincangan ilmiah.
.
6. Saya percaya ini mungkin satu-satunya Kelas Penulisan Skrip Drama Berunsur Islam yang menyelitkan perbincangan ilmiah berpandukan nas dan islamic world view dalam menilai karya-karya hebat semasa.
.
7. Saya percaya kehadiran peserta kursus seperti Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Ustaz Adib Samuri, Ustaz Zahid Akhtar dan Sdr Zakaria Sungib dapat membantu saya dalam usaha kecil ini.
Comments
2 Responses to “PANDANGAN HOLISTIK DAN WORLD VIEW”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
berminat nk join kursus mcm ni.. tp xde kesempatan...
November 15, 2009 at 10:44 AM**ape mbezanya realistik & holistik?
realistik - berpijak pada keadaan setempat/local DAN holistik maknanya pandangan yang dibuat secara menyeluruh dan universal
November 18, 2009 at 7:06 PMPost a Comment